Pages

Subscribe:

Tuesday, December 27, 2011

Pembaharuan Insurans Kebakaran-2012

Pembaharuan Insuran Kebakaran Apartment Laguna Biru


Untuk makluman pihak tuan, pihak SPNB telah membuat pembaharuan ke atas Insuran Kebakaran Apartment Laguna Biru seperti berikut:


Type of Insurance: Fire
Property Insured: 1086 units LMC Apartments & 64 units Shoplots
Period of Insurance: 01/11/2011 sehingga 31/10/2012


Lain-lain Insuran:
Type of Insurance: Burglary
Period of Insurance: 01/11/2011 sehingga 31/10/2012


Type of Insurance: Public Liability
Period of Insurance: 01/11/2011 sehingga 31/10/2012


Sekian, terima kasih.

Monday, December 19, 2011

Join Management Committee (AJK ALB)

Senarai Ahli Jawatankuasa JMB

Pengerusi : Mohd Hanif Zam Zam (F-11-12)
Setiausaha : Khyrul Anuar bin Alias (E-16-10)
Bendahari : Ab Aziz Mohamad Zakiyah (D-2-10)


AJK-AJK:

Noh Haji Hamid (A-1-4)
Ahmad Efendi Sarni (F-12-10)
Yuhaizal Yaacop (D-1-12)
Mohamed Ariffin Mohd Ali (F-9-6)
Hamdan Mohd Yusof (D-7-8)
Suhizan Ishak (E-5-9)
Rusydi Abd Rahim (D-1-10) 
Mohd Fazil bin Md Desa (E-5-7)
Zailey Zaiton (D-10-4)

Monday, December 12, 2011

2Hari bersama SPNB.

Salam.. Update terkini..

2Hari bersama SPNB.
Hasil dari maklum balas yang diterima dalam pertemuan dengan hari ini, SPNB telah bersetuju untuk membuka kaunter aduan utk penduduk laguna biru seperti di bawah.

Tarikh : 17 & 18 December 2011
Hari : Sabtu dan Ahad.
Masa : 10pagi - 4 ptg
Tempat : Pejabat Pengurusan, Tingkat Bawah Blok E.

Oleh sebab itu penduduk dikehendaki melaporkan semula segala defect yang ada(yg belum dibaiki) di unit masing2 pada hari tersebut. SPNB akan membuat susulan kepada pihak kontraktor utk melakukan baik pulih dalam tempoh masa yang akan ditetapkan. Jika kontraktor gagal melakukan pembaikan, SPNB akan mengarah pihak ketiga utk melakukan pembaikan.

Saya menyeru kepada semua pemilik ALB untuk mengambil peluang ini untuk mengatasi masalah report defect yang masih belum diambil tindakan.

Notis pembukaan kaunter akan ditampal di hadapan lif esok.

Harap Maklum

Wednesday, November 30, 2011

Program Cuti Sekolah Dec2011

Salam : Program Cuti Sekolah Dec2011

Surau Tasik Biru akan menganjurkan satu program cuti sekolah utk anak2 yg berusia 10-17 thn pada 16-18 Dec 2011. Sila dapatkan maklumat lanjut dengan menaik turun penerangan program di laman blog di bawah.

http://www.4shared.com/document/WjFbmmI0/Program_Cuti_Sekolah_Dec2011.html

Penyertaan adalah terhad, siapa cepat dia dapat.

Harap Maklum.

Monday, September 12, 2011

Jamuan Aidilfitri DLaguna



Sumbangan RM10.00 (@ lebih) setiap rumah boleh dibayar kepada:


Menu utama:
*Ketupat Nasi*Kuah Lodeh
*Kuah Kacang*Bihun Goreng
*Kuih-muih-Sumbangan setiap rumah

**Menu tambahan akan dibincangkan berdasarkan jumlah kutipan.

Saturday, August 27, 2011

Dodol oh Dodol

Program kacau dodol bersama,telah diadakan pada 26 Ogos 2011.
Aktiviti bermula  dari pukul 9mlm dan selesai pada pukul 4pagi.
Lebih kurang 22 orang yg mengambil bahagian dlm program tersebut.
Semua berjalan dgn lancar dan penuh semangat bergotong-royong.Diharap ini dapat diteruskan utk masa2 yg akan datang.Tahniah semua!!!






Lagi gambar2 menarik akan diupload.Tunggu..............

Saturday, August 20, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dikesempatan ini,kami,AJK-AJK Persatuan Komuniti Laguna Biru dan AJK-AJK JMB menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada salah & silap.Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin buat semua warga Laguna Biru.Berhati-hati dijalanraya,semoga anda sampai ke destinasi dgn selamat.

Monday, August 1, 2011

Penutupan Surau di Blok E

Pengumuman.
Surau sementara yg kita gunakan utk solat berjemaah di Blok E (Tadika) ditutup sepenuhnya mulai 1 Ramadhan 1432H.Ini kerana surau Taman Tasik Biru telah siap dibina.Surau tersebut dibina berdekatan Apartment Laguna Biru.Jadi lebih afdal kita semua berjemaah disana,disamping dapat mengeratkan lagi silaturahim.
Bagi yg ingin membuat sumbangan utk pembinaan/penambahbaikan surau tersebut,amatlah dialu-alukan.

Sekian,terima kasih.

Thursday, July 21, 2011

Majlis Sambutan Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah...Ramadhan Al-Mubarak hampir tiba.Bagi menyambut kedatangan bulan yg mulia ini,Komuniti Laguna Biru akan mengadakan Jamuan Menyambut Puasa.Semua penduduk dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini disamping mengeratkan semangat kejiranan,berkenalan antara satu sama lain,agar ALB terus aman damai.


Jesteru itu,satu mesyuarat akan diadakan pada
23 Julai 2011,jam 9.00mlm.Bertempat di Surau blok E.Semua komuniti dijemput hadir,bagi membincangkan persiapan yg akan diadakan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Up-date

Hasil perbincangan drpd mesyuarat tersebut:

Menu utama:Bihun Goreng

Menu tambahan:Sumbangan ikhlas makanan dari Penduduk Laguna Biru

Minuman:Sirap special :-)

Kutipan Sumbangan sebanyak:RM10.00 (satu rumah)

Pembayaran boleh dibuat terus kepada :

En.Khyrul Anuar (Blok E)

En.Hanif (Blok F)

sebelum 29 Julai 2011

Majlis akan diadakan bertempat di perkarangan Surau ALB(Blok E)
Bermula dgn solat Maghrib beramai2,Takirah & Doa Selamat
Jamuan makan selepas Solat Isyak.

Marilah sama2 memeriahkan majlis ini.Semua warga Laguna Biru dijemout hadir dan berkenalan antara satu sama lain.





Friday, June 24, 2011

Akta 663

























PENERANGAN RINGKAS MENGENAI
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007
[AKTA 663]


Klik Disini untuk download.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 663
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007

Klik Disini untuk download


Bersama kita baca dan fahami hak-hak kita sebagai pembeli/penduduk.

Tuesday, June 21, 2011

Mesyuarat Pertama Penubuhan JMB-selesai

Alhamdulillah,Mesyuarat Pertama Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (BPB) telah selesai.Terima kasih kepada semua penduduk yg hadir.Diharap info yg diberikan dapat dimanfaatkan oleh kita semua.AJK2 telah pun dilantik dan nama2 akan diupdate dlm masa terdekat.








Friday, June 17, 2011

Gangguan Bekalan Air

















Notis gangguan bekalan air di Apartment Laguna Biru

Tarikh:21 Jun 2011 (Selasa)
Masa:9.00pagi hingga 5.00 ptg
Blok2 yg terlibat:D,E & F

Sila simpan air yg secukupnya utk kegunaan disaat2 kecemasan.
p/s:Harap2 cepatlah ada air hari tu,kesian suri2 rumah nak membasuh,memasak dll


Info dari:MN Associates

Friday, June 10, 2011

Notis Mesyuarat JMB

Semua warga ALB diwajibkan hadir untuk mendengar dan bertanya sendiri apa itu JMB, apa kelebihan dan kekurangan dan kenapa perlu JMB dan macam2 lagi..

Ketahui hak anda.
Laksanakan hak anda.
Manfaatkan peluang ini sepenuhnya supaya tidak mendatangkan masalah pada masa depan.


Notis mesyuarat telah diedarkan ke peti surat anda.Jika tidak terima,anda boleh dapatkan di pejabat pengurusan di Blok E.


Harap Maklum.




Update dari posting lama:DISINI

Apa yg dimaksudkan dengan JMB?

Kebanyakan penduduk belum memahami apakah yang dimaksudkan dengan “JMB” yang perlu ditubuhkan. “JMB” ataupun dengan nama penuhnya “Joint Management Body” adalah sebuah badan yang ditubuhkan diperingkat pra sebelum penubuhan Management Corporation. Dengan adanya JMB sekurang-kurangnya ia dapat memberi pendedahan awal kepada Ahli Jawatankuasa untuk mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki sebelum penubuhan Perbadanan Pengurusan.

Pasa asasnya, penyelenggaraan pangsapuri, rumah bertingkat akan dipertanggungjawab kepada pemilik berdaftar unit-unit di situ.


Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. Setiap pemaju akan menubuhkan JMB di pangsapuri yang telah dibina oleh mereka sebelum ini bersama-sama dengan penduduk di bangunan terbabit. Dibawah ini saya sediakan sedikit maklumat yang dipetik dari artikel di dalam property magazine.

Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) adalah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

Kenapa JMB perlu ditubuhkan?
Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan setiap Pemaju untuk menubuhkan JMB sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.

Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan mulai dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.

Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Sinking Fund.

Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
Ahli-ahli JMB atau dikenali juga sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC adalah terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.

Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.

Bagaimana Ahli JMC dipilih?
Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.

Siapakah yang layak mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.

Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.

Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.

Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.

Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?

Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.

Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?

Selepas 1 jam sekiranya tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, maka pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.

Sumber dari pelbagai rujukan internet.

Monday, May 23, 2011

Kepolisan Masyarakat.

Sila simpan no di bawah untuk tujuan kecemasan.
Untuk makluman, En Muhamad Rafiz adalah anggota yang ditugaskan untuk mengawal kawasan di sekitar Tasik Biru.

Wednesday, May 18, 2011

Sessi taklimat ini ditangguhkan pada tarikh yg akan dimaklumkan kemudian.

Sessi taklimat ini ditangguhkan pada tarikh yg akan dimaklumkan kemudian.
 
Sessi Taklimat Joint Management Building (JMB) bersama Suruhanjaya Bangunan Malaysia

Tarikh : 28 May 2011
Hari : Sabtu
Masa : 10 pagi
Tempat : Dewan ALB
Jamuan ringan disediakan. iAllah

Semua warga ALB diwajibkan hadir untuk mendengar dan bertanya sendiri apa itu JMB, apa kelebihan dan kekurangan dan kenapa perlu JMB dan macam2 lagi..

Ketahui hak anda.
Laksanakan hak anda.

Manfaatkan peluang ini sepenuhnya supaya tidak mendatangkan masalah pada masa depan.

Harap Maklum

Friday, May 6, 2011

Logo KLB


















Ini adalah logo KLB yang direka oleh Saudara Zulhasmy Zaki.Dengan adanya logo ini,hasrat kita untuk menubuhkan dan mendaftar KLB akan lebih terlaksana.
Sesiapa yang suka logo ni,sila klik 'Like' sebagai tanda sokongan anda.

Borang Pendaftaran Persatuan Komuniti Laguna Biru

Semua penghuni ALB diminta utk bersama2 menyertai Persatuan Komuniti Laguna Biru.Borang permohonan boleh diperolehi daripada Pengerusi (En Hanif),Setiausaha (En Khyrul) atau Bendahari (En Aziz).

Borang yg lengkap boleh diserahkan kepada Bendahari beserta bayaran
RM2.00 utk pendaftaran dan RM18.00 (RM3.00 x 6 bulan) = RM20.00

Untuk makluman,dlm meeting yg lepas semua bersetuju dengan bayaran RM3.00 sebulan dan dibayar 2 kali setahun.

Maknanya, utk bayaran seterusnya adalah pada tahun depan 2012.
Untuk pengetahuan tuan/puan, keputusan untuk mendaftar / tidak persatuan ini akan diputuskan oleh AJK dlm meeting yg akan dtg.

Harap maklum.

Tuesday, April 26, 2011

Jom Ke MPS!



Pendengaran bantahan cukai taksiran


Kepada sesiapa yg turut serta dlm menuntut pengurangan cukai beramai2 hari tu, tetapi masih belum mendapat surat dari MPS boleh ikut serta rombongan seperti makluman di bawah.

Tarikh : 26April 2011 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : MPS Selayang.


Update mengenainya akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Harap maklum.

Monday, April 25, 2011

Update Mesyuarat Komuniti Apartment Laguna Biru kali ke-2

Assalammualaikum wbt.


Alhamdulillah,mesyuarat kali ke-2 berjalan dengan lancar dan penuh harmoni.Dianggarkan lebih kurang kehadiran seramai 60 orang penghuni.
Mesyuarat dimulakan dengan kata2 alauan dari Tuan Pengerusi & Timbalan Pengerusi serta memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa yg lain.
Dalam mesyuarat ini,beberapa isu,pendapat telah diutarakan.
Antaranya ialah:-

1.Ada penghuni membangkitkan usul parking dibawah blok kediaman (D,E,F).Terdapat segelintir penghuni yg dari blok E parking di blok F,penghuni blok F,parking di blok E dan sebagainya.
Bagi menggelak perkara yg tidak diingini berlaku,dinasihatkan agar penghuni meletakan kereta mereka ditempat yg sepatutnya.Kita hendaklah bertimbangrasa agar keharmonian kejiranan terus dipupuk.

2.Perbincangan mengenai penukaran dari meter pukal ke meter SYABAS.
Ini bagi menikmati potongan rebat sebanyak RM20.00 daripada kerajaan negeri.Tetapi bagi membuat penukaran ini,beberapa perkara harus diambil kira.
Antaranya:
a) sanggupkan penghuni ALB membayar sekali lagi deposit meter?
b) sampai bila subsidi air ini akan dinikmati oleh rakyat Selangor? Adakah penghuni sanggup menanggung risiko jika tiba2 rebet air ini dimansuhkan?

Berdasarkan persoalan ini,dlm mesyuarat tersebut masih belum membuat sebarang keputusan.AJK telah dipertanggungjawabkan utk membincangkan isu ini.

3.Dalam mesyuarat tersebut,kita telah sebulat suara menubuhkan dan mendaftarkan:
Nama persatuan: Persatuan Komuniti Laguna Biru
Alamat:Bilik Pengurusan ALB (sama seperti alamat diatas)
Perbincangan mengenai Perlembagaan dan perkara2 yg berkaitan,mesyuarat bersetuju memberi mandat kepada AJK untuk membuat keputusan.Namun begitu,pendapat dari semua penghuni juga diambil kira.

Update mesyuarat yg lain2 akan menyusul..



Sekian,terima kasih

Sunday, April 17, 2011

Notis Mesyuarat Penduduk ALB Kali KE 2

Notis MESYUARAT Kali KE 2

Monday, April 4, 2011

Sekitar Kelas Masakan Kaum Ibu

Gambar2 sekitar Kelas Masakan Kaum Ibu.Jom layan..........






















Diharap aktiviti seperti ini akan diteruskan setiap bulan.

Lagi Kes Pecah Masuk Rumah

Untuk maklumam seluruh warga ALB, sebuah lagi rumah telah dipecah masuk pada hari khamis lepas (31March2011).
Kali ini, sebuah lagi rumah di blok F telah berjaya diceroboh. Modus operandi masih belum dapat di pastikan.

Oleh itu AJK KALB sekali lagi mengingatkan seluruh warga ALB untuk mempertingkatkan keselamat unit masing-masing.
Kita juga mengharapkan kerjasama dari seluruh penghuni untuk sama-sama memerhatikan tindak-tanduk orang yang tidak di kenali.

Kerjasama anda semua amat dihargai.

Friday, April 1, 2011

Kelas Masakan anjuran Biro Wanita

Kelas Masakan anjuran Biro Wanita akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 3-Apr-2011 (Ahad)
Masa : 10.00pg
Tmpt : Surau blok E

Menu :
1) Puding Delima by Pn Sya Aisyah
2) Butter cake by Pn Sherry

Salinan brg2 menu akan diserahkan pada hari tersebut.
Mari dtg beramai2..tambah pengetahuan masakan..kot2 bule niage ke pasni..hihi

Thursday, March 31, 2011

Tuesday, March 29, 2011

Team Basikal ALB

Ini lah wajah-wajah founder team basikal ALB.
Diketuai oleh Ketua Biro Tugas2 Khas, en Zulhasmy (gambar-kanan sekali) dan Ketua Biro Keselamatan, en Aman Shah.


Diharap ramai lagi warga ALB yang akan menyertai team basikal ALB.
Aktiviti-aktiviti sihat seperti ini harus disokong dan didokong oleh seluruh warga ALB.

Kepada yang berminat untuk menyertai pasukan ini bolehlah mengikuti perbincangan lanjut FB Comunity Laguna Biru Group.
Team basikal juga sedang mengumpul senarai warga ALB yang berminat untuk mendapatkan sebuah basikal untuk membuat pembelian secara pukal bagi mendapatkan harga yang murah dan berpatutan.

moto pasukan
JOM KAYUH

Monday, March 28, 2011

Team Futsal ALB


Inilah wajah-wajah pemain-pemain yang mewakili ALB dalam pertandingan futsal tertutup anjuran Taman Tasik Biru.


Statistik perlawanan.
Menang 2 kali
Kalah 2 kali
Keputusan : Gagal melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dengan beza 1 jaringan sahaja..
Penjaring terbanyak : Bro Zack.

Menurut pengurus pasukan, En Basri Yasek, "pencapaian dalam penyertaan kali pertama ini boleh dikatakan amat cemerlang kerana tanpa pengalaman dan latihan yang mencukupi, pasukan ALB berjaya mencatat kemenangan dalam dua perlawanan. Sasaran utama penyertaan ALB dalam pertandingan ini adalah untuk meraih pengalaman dan memantapkan lagi persefahaman dikalangan pemain.

Insyaallah pasukan ini akan terus memperbaiki permainan dan persefahaman mereka dari masa ke semasa dan diharap dapat mengharumkan nama ALB pada masa akan datang..

Note : Dengar cita, asalan kekalahan pasukan ALB ni adalah kerana letih posing untuk bergambar.. Persoalannya, benarkah?? Anda ada jawapannya? Hubungi kami segera.. Hadiah misteri menanti...




Friday, March 25, 2011

Permohonan menjadi ahli khairat kematian Masjid Nurul Yaqin,Kundang

Permohonan menjadi ahli khairat kematian Masjid Nurul Yaqin,kundang.
Borang boleh didapati di surau sementara di blok e.
Yuran tahunan : RM30
Pendaftaran : RM 5
Borang yang telah lengkap diisi kena hantar kat Encik Hamdan (ketua biro kerohanian) atau En.Ari (Penolong Ketua Biro Krohanian) berserta Wang yuran tahunan + yuran pendaftaran = RM35
perlembagaan khairat kematian akan ditampal di notice board blok e dalam masa terdekat

Wednesday, March 23, 2011

Info : Akhirnya kedua-dua lift blok E telah dapat digunakan

Alhamdulillah.

Satu berita gembira buat penghuni blok E apabila kedua-dua lift telah dapat digunakan. Semoga semua penghuni dapat mengguna dan menjaga harta bersama ini sebaik-baiknya.. Jangan biarkan anasir-anasir yang tidak sihat merosakkan harta benda di ALB ni..

Monday, March 21, 2011

Status Surat Rayuan MPS

Salam..

Saya terima banyak pertanyaan mengenai status rayuan ni..
Untuk makluman, surat kepada MPS telah di serahkan pada minggu lepas oleh salah seorang penduduk yg bekerja di MPS.
Buat masa ini belum ada sebarang maklum balas dari pihak MPS.
iAllah, kami akan maklumkan kepada tuan-tuan selepas mendapat maklum balas dari MPS.

Harap Maklum.

AKTIVITI SUKAN ALB MINGGUAN

 AKTIVITI      :       FUTSAL
TEMPAT       :       SPORT PLANET SG. BULOH
TARIKH        :       25 MARCH 2011
HARI             :       JUMAAT
MASA            :       11.00 PM – 01.00AM
** 11.00 – 12.00 PILIHAN ALB VS PUBLIC MUTUAL,   
** 12.00 – 01.00 TERBUKA UNTUK SUMUA WARGA ALB (LELAKI DAN WANITA) YANG BERMINAT UNTUK BERMAIN FUTSAL
P/S: Berkumpul di Post Guard ALB Jam 10.15 PM.

SEMUA WARGA ALB DI JEMPUT UNTUK MEMERIAHKAN AKTIVITI INI
************ MAJULAH SUKAN UNTUK ALB ************
SEKIAN,
BIRO SUKAN ALB,
KOMUNITI LAGUNA BIRU

Saturday, March 19, 2011

Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Solat Zuhur berjemaah.

Salam,

Semua warga ALB dijemput hadir ke rumah en Mohd Nor untuk Majlis bacaan Yassin, Tahlil dan Solat Zuhur seperti di bawah


Tarikh : 20 March 2011
Tempat :A-1-4
Masa : 1230tghari..

Semua warga ALB di jemput hadir.

Sekitar Program Riadah Malam ALB

Aktiviti malam di ALB


Sekitar Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil di rumah En Aman Shah

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil di rumah En Aman (Ketua Biro Keselamatan) ini di terajui oleh En Rasyadan (Timb Pengerusi)




Sekitar Program Panduan Solat

Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Robiatul dan suami yang bersama2 menunjuk ajar anak2 ALB untuk program panduan solat.. Insyaallah kalau ade rezeki kita buat lagi..

Nama program : Program Panduan Solat
Tarikh : 18 March 2011
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Surau ALB




Friday, March 18, 2011

Riadah ALB

Tarikh      : 18/03/2011
Masa       : 10.30PM (Selepas Majlis Kenduri Rumah Aman Shah)
Tempat    : Gelanggang ALB
Sukan      : Sepak Takraw

Objektif   : Meningkatkan Kemesraan Di Antara Penghuni ALB

Sama-samalah kita memeriahkan sukan untuk ALB
Majulah Sukan Untuk ALB

Thursday, March 17, 2011

Sepanjang Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Alhamdulillah. Majlis bacaan Yassin dan tahlil khas untuk ayah En Rizal telah selamat diadakan. Majlis malam ini dipimpin oleh En Fendi (Ketua Blok F)

 Antara yang hadir.


Majlis bacaan Yassin dan Tahlil

Salam,

Majlis bacaan Yassin dan Tahlil khusus untuk almarhum ayah en Rizal (Ketua Biro Sukan) yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 17 March 2011
Tempat : Surau Sementara Block E
Masa : Selepas solat Isya'

Semua warga ALB di jemput hadir.


Monday, March 14, 2011

Tabung Ihya' Ramadhan 1432H

Bersempena dengan Ramadhan yang akan datang, Biro Kerohanian dengan kerjasama Bendahari Komuniti Laguna Biru ingin mempelawa warga ALB yang berkemampuan untuk mengisi Tabung Ihya' Ramadhan 1432H

Nilai sumbangan adalah RM10 setiap seorang untuk setiap bulan selama 5 bulan.
(Nilai sumbangan keseluruhan adalah RM50)

Kutipan akan bermula pada bulan April 2011

Kepada yang berminat boleh memberi nama kepada Bendahari, Setiausaha atau ketua Biro Kerohanian.

Sumbangan tuan puan amat diperlukan untuk melancarkan segara program yang akan diatur dan juga untuk membeli beberapa kelengkapan yang amat diperlukan menjelang Ramadhan nanti..

Gotong Royong Membersihkan Surau

Aktiviti gotong royong membersihkan surau anjuran Biro Kerohanian telah selamat dijayakan pada 12Mac2011 dan berjalan lancar. AJK Komuniti Laguna Biru mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga ALB yang bersama-sama berganding bahu membersih dan mengindahkan surau sementara ALB.

Terima kasih juga kepada Biro-biro lain yang turut serta khususnya Biro Penyelenggaraan.
Terima kasih kepada dermawan-dermawan yang menyumbangkan barangan untuk keperluan surau.

Semoga Allah membalas segala sumbangan tuan-puan.

Tuesday, March 1, 2011

Hampir Kecurian Lagi

Pada jam 10.30 malam bersamaan 27 Februari Blok E hampir kecurian lagi. Jirannya ternampak dua orang pemuda yang sedang cuba mengumpil pintu lalu mengejar mereka. Tetapi apakan daya mereka lebih cekap melarikan diri dan terus menyelinap masuk ke dalam kawasan semak berhampiran pondok di taman permainan. AJK telah bekerjasama mencari jalan-jalan tikus yang mereka gunakan bagi menyelinap masuk ke Laguna Biru.
Pada keesokkannya Tuan Pengerusi kita telah menghubungi pihak SPNB dan memaklumkan perkara tersebut supaya dapat pihak SPNB menukarkan pagar dawai di bahagian belakang dan tepi Laguna Biru dengan pagar berduri. Alhamdulillah, masalah kita didengari oleh pihak SPNB dan bersetuju menukarkan pagar tersebut dan mengikut kata SPNB akan disegerakan, insya-Allah.
Diharapkan penghuni dapat meningkatkan keselamatan di rumah masing-masing bagi mengelakkan perkara sebegini berulang dan jiran-jiran haruslah lebih peka dengan keadaan sekeliling.

Penyerahan Sumbangan Zakat

Kehadiran AJK

Sebahagian barang keperluan

Monday, February 14, 2011

Senarai AJK

Tuan Pengerusi
Tuan General Mohd Hanif

Timbalan Pengerusi
Dr. Mohd Rasyadan Razi

Bendahari
Encik Khyrul Anuar Alias

Setiausaha I
Puan Aisyah Razki


Setiausaha II
Puan Salyanie Salleh

Ketua Blok D
Encik Yuhaizal

Ketua Blok E
Encik Zainal Ahmad

Ketua Blok F
Encik Ahmad Efendi Sarni

Ketua Biro Keselamatan
Encik Aman Shah
Penolong Ketua Biro Keselamatan
Encik Suhizan Ishak

Ketua Biro Kerohanian
Encik Ab. Aziz Mohamad Zakiyah
Penolong Ketua Biro Kerohanian
Encik Hamdan


Ketua Biro Sukan
Encik Mohd. Rizal Sabrawi
Penolong Ketua Biro Sukan
Encik Baseri Yazek

Ketua Biro Aktiviti
Puan Noorizar A. Razak
Penolong Ketua Biro Aktiviti
Puan Farahiyah

Ketua Biro Tugas Khas

Penolong Ketua Biro Tugas Khas


Ketua Biro Wanita dan Anak-anak
Puan Noraini
Penolong Ketua Biro Wanita dan Anak-anak
Puan Azlina

Ketua Biro Belia
Encik Zaidi
Penolong Ketua Biro Belia
Encik Mohd Arowan Zamri

Ketua Biro Penyelenggaraan
Encik Abdul Aziz bin Abdul Hamid
Penolong Ketua Biro Penyelenggaraan
Encik Mohd Shahmadi Sapuan

*yang kosong akan dikemaskini kemudian
*senarai AJK ini belum diputuskan lagi.. dari semasa ke semasa akan ada perubahan.

Kecurian

Pada Jumaat 11 Februari 2011kita dikejutkan dengan berita kecurian di Blok F tingkat 2 rumah Puan Sapura yang baru berpindah masuk dua minggu lepas. Pelakunya kurang dikenalpasti memandangkan tiada sebarang kesan pecah masuk. Barang yang hilang termasuklah laptop dan barang kemas dalam anggaran kerugian RM7,500.

Kepada penghuni lain diharapkan dapat meningkatkan sistem keselamatan di rumah seperti menukar tombol pintu rumah yang sedia ada memandangkan ramai di antara kita pernah menyerahkan kunci kepada pihak lain bagi tujuan mengubahsuai kediaman atau membaiki kerosakan. Tombol sedia ada juga amat mudah untuk kerja-kerja pecah masuk.

AJK mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah di atas insiden yang tidak diingini kepada keluarga Puan Sapura. Semoga tabah menghadapinya.

Kutipan Bagi Pembelian Papan Kenyataan

Memandangkan kesukaran menyalurkan maklumat kepada semua penghuni, AJK Komuniti Laguna Biru mengambil keputusan untuk menyediakan papan kenyataan bercermin bagi memudahkan penyaluran maklumat. Memandangkan harga yang agak mahal AJK mengambil keputusan untuk mengutip bayaran RM10 satu rumah bagi tujuan pembelian papan kenyataan ini.

Bayaran boleh diberikan kepada Bendahari iaitu Encik Khyrul atau boleh juga diserahkan kepada mana-mana AJK Komuniti Laguna Biru.
Papan kenyataan akan dibeli pada Selasa 15 Februari 2011.

Majlis BBQ

Pada mesyuarat kedua yang berlangsung pada 13 Februari 2011 penghuni sepakat bersetuju mengadakan Majlis BBQ pada 26 Februari 2011. Ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita di samping berkenal-kenalan memandangkan ramai juga yang baru berpindah masuk.
Maklumat adalah seperti berikut:-

Majlis BBQ
Tarikh: 26 Februari 2011
Masa: Jam 9.00 malam hingga 11.00 malam
Bayaran: Dewasa: RM8.00
              Kanak-kanak: RM5.00
              Pakej Satu Keluarga: RM15.00
Terdapat juga aktiviti lain seperti cabutan bertuah dan acara untuk kanak-kanak.

Bayaran boleh diberikan kepada AJK Biro Wanita dan Anak-anak
Puan Mem
Puan Tinie

Mesyuarat Kedua Penghuni

Mesyuarat dimulakan dengan Tuan Pengerusi membaca minit mesyuarat lalu dan disahkan. Ada beberapa masalah yang telah dibangkitkan pada mesyuarat pertama telah dapat diselesaikan dan ada juga yang belum memandangkan banyak perkara yang terlibat seperti perbincangan dengan pihak pemaju dan juga soal kewangan bagi tujuan membaiki kerosakan.
Seterusnya perbincangan masalah baru yang berbangkit dan pelantikan AJK baru yang masih kosong. Diharapkan setiap penghuni mengambil bahagian masing-masing dalam menjadikan persatuan kita lebih aktif memandangkan banyak biro ditubuhkan.
Seterusnya mengenai perbincangan aktiviti semasa, mingguan, bulanan, dan tahunan dan tugas AJK.

*minit mesyuarat lengkap akan saya sediakan kemudian

Aktiviti Biro Aktiviti, Keluarga dan Kebajikan

Memandangkan sudah hampir sebulan kita menjadi penghuni Laguna Biru sudah sampai masanya kita melebarkan perkenalan sesama jiran. Ketua Biro Wanita iaitu Puan Mem membuat keputusan mengadakan aktiviti lawatan kecil dari rumah ke rumah terpilih iaitu dengan persetujuan dan kesudian tuan rumah.

Pada hari pertama biro mengadakan lawatan ke rumah Puan Sarimah Blok E memandangkan beliau tidak sihat. Lawatan hampir sejam itu digunakan sebaiknya bagi tujuan berkenalan sesama jiran.
Seterusnya lawatan ke rumah Puan Noorizar atau Kak Nort di Blok E juga.

Hari lain seterusnya Biro Wanita dan Anak-anak meneruskan aktiviti lawatan ke rumah Puan Alice di Blok F. 
Seterusnya ke rumah Puan Azlina di Blok D.

Terima kasih semua atas kesudian menjemput. Bagi yang nak join lawatan atau yang sudi untuk dilawati bolehlah beritahu.

Majlis Perasmian Surau

Bacaan Yasin

Doa semoga kita dirahmati dan dilindungi

Kaum ibu

Pelbagai juadah yang menyelerakan

Selamat menjamu selera
Alhamdulillah. Majlis Perasmian Surau Laguna Biru selamat dijalankan mengikut perancangan pada 22 januari 2011 bersamaan hari Sabtu. Bermula dengan waktu paginya AJK serta beberapa penghuni bergotong-royong membersihkan surau di Blok A. Ada yang ikhlas memberikan tikar, sejadah bagi kegunaan surau memandangkan banyak lagi keperluan yang tiada.

Malamnya majlis diadakan dengan dimulakan dengan ucapan kata alu-aluan dan penghargaan Tuan Pengerusi kita dan diteruskan dengan Solat Hajat dan bacaan Yasin. Selesai semua acara kita sudahi dengan jamuan ringan. Makanan ditaja oleh semua penghuni yang terlibat bersusah-payah menyediakan pelbagai makanan hingga berlebih-lebihan. Murah rezeki kita malam itu.

Ada yang bawak nasi lemak ayam berempah (tentulah mem nasi lemak corner), bihun goreng, pisang, muffin, puding dan kuih-muih, tidak lupa satay yang kejap je dah licin. Terima kasih semua yang terlibat. Kerjasama seperti inilah yang diharapkan.

Mesyuarat Kecil Mengenai Surau

Kita sepakat merasmikan Surau Laguna Biru. Pada 21 Januari 2011 AJK yang dilantik pada pertemuan pertama mengadakan mesyuarat kecil bagi membincangkan isu surau yang perlu dihidupkan dan menjadi tonggak utama perpaduan penghuni. Jam 9.00 malam AJK berkumpul di rumah Tuan Pengerusi kita iaitu Tuan General Mohd Hanif di Blok F. Juga Ustaz dari Jabatan Agama Islam Selangor dijemput bagi memberikan AJK panduan.
Taklimat kecil disampaikan Ustaz. Mesyuarat ditangguhkan jam 12.00 malam.

AJK dan penghuni bersetuju mengadakan Majlis Perasmian Surau termasuk Solat Hajat dan bacaan Yasin. Kaum ibu dipertanggungjawabkan menyediakan makanan.

Perjumpaan pertama penghuni

Alhamdulillah, setelah sebahagian penghuni Laguna Biru selesai proses pemindahan barulah mula ada perasaan ingin tahu siapakah jiran-jiran yang berkongi bumbung dan lantai. Bagi yang telah berkenalan terlebih dahulu di dalam facebook makin dirapatkan.

Bermula dari sifat tanggungjawab bermasyarakat Dr. Rasyadan mengambil inisiatif mengumpulkan penghuni Laguna Biru bagi membincangkan masalah serta menubuhkan persatuan seperti yang dilakukan oleh banyak pihak kawasan perumahan bagi mewujudkan suasana harmoni.

Tarikh 20 Januari 2011 dipilih bagi mengadakan perjumpaan. Memandangkan kecurian telah pun berlaku di Blok E maka perjumpaan ini lebih bermakna bagi membincangkan soal-soal keselamatan kita bersama.
Bermula jam 10.15 pagi kita semua berkumpul di Taman Permainan Laguna Biru bagi berkenalan-kenalan sesama jiran, membincangkan masalah sekitar, masalah rumah yang banyak kerosakan dan juga pelantikan AJK Persatuan Laguna Biru. Semua memberikan kerjasama dan kesepakatan dalam pertemuan pertama. Terima kasih.

*Senarai AJK dan minit akan saya lampirkan kemudian

Bekalan Elektrik

Setelah hampir sebulan selepas tarikh penyerahan kunci kita semua mula gelisah. Semua memikirkan dan bertanyakan soalan yang sama iaitu bila elektrik nak disambungkan. Bagi yang menyewa rumah tentulah tak sabar-sabar nak duduk rumah sendiri. Nak tunggu sehari pun tak sanggup ini kan pula berbulan-bulan. Mulalah kita membincangkan perkara ini melalui facebook. Tanpa disedari ikatan kejiranan mulai terjalin. Terima kasih facebook!
Tarikh 24 Disember merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Semua gembira bila bekalan elektrik mula disambungkan. Ada yang mengambil keputusan bermalam di rumah baru. Exciteh terlebih...heheh...Feel tidur di rumah sendiri lain walaupun hanya beralaskan toto...
Hujung minggu berikutnya Laguna Biru riuh dengan suara-suara dan kerja-kerja pemindahan barang penghuninya. Ada yang sibuk mengecat, sibuk mengetuk, membasuh, mengemop, dan pelbagai lagi kerja. Semua masalah dilupakan sekejap. Proses pemindahan lagi penting!
Minggu berikutnya Laguna Biru mulai berpenghuni. Alhamdulillah. Doa kita dimakbulkan Yang Maha Esa.

Hari Pengambilan Kunci


 
Tempat penyerahan kunci di ruang depan Blok E

Sebahagian pembeli Laguna Biru



Keadaan sinki



Cermin nako yang kemek dan pecah

Alhamdulillah setelah lebih kurang tiga tahun menanti dengan penuh kesabaran akhirnya kita semua mendapat berita gembira bahawa penyerahan kunci rumah kita akan diadakan seperti yang dijadualkan pada 27 November 2010. Pada waktu itu tiada perkara lain yang lebih mengembirakan kita semua melainkan perkara ini. Bermulalah episod baru dalam hidup kita semua memandangkan ramai yang menanti dengan pelbagai masalah memandangkan tarikh penyerahan kunci tidak berjalan seperti yang dijanjikan.

Namun berkat kesabaran kita semua, impian kita akhirnya menjadi kenyataan. Kaum perempuan mulai sibuk merangka deko rumah impian masing-masing. Kaum lelaki pula sibuk menguruskan kewangan bagi memenuhi impian isteri masing-masing. Hehehe....

Tepat jam 10.00 pagi seperti yang dijanjikan semua hadir dengan hati yang berbunga-bunga. Tidur malam pun tak lena. Akhirnya dapatlah kunci rumah impian masing-masing dan lawatan ke rumah sendiri dijalankan. Masa itu tak ingat dunia dah...hahah...
Walau bagaimanapun, ramai di antara kita yang kecewa dengan kondisi rumah. Ada yang retak, ada yang berkarat, dinding tidak rata dan pelbagai masalah lain termasuklah yang paling menghairankan kita semua tiada bekalan elektrik.

Namun, itu semua tidak menghalang kita dari terus menyusun rapi perancangan pemindahan seperti yang dirancangkan selama ini. Ada yang sanggup bergelap dengan ditemani cahaya lilin. Ini semua merupakan kenangan manis kita bersama dalam proses pemindahan ke Laguna Biru. kalau ada lagi pengalaman best-best bolehlah dikongsikan bersama.

*bukan niat mengungkit kenangan lama tetapi sekadar berkongsi cerita