Pages

Subscribe:

Saturday, March 31, 2012

Perlantikan Agen Pengurusan Baru

Dengan sukacitanya dimaklumkan, pihak Jumia Niaga telah dilantik sebagai agen pengurusan Apt Laguna Biru yg baru.
Ini berikutan tamatnya kontrak MN Asscocites pada 31 Mac 2012.Majlis ringkas serahkuasa telah diadakan pada hari Sabtu,31 Mac 2012 jam 10.00 pagi.Ini dihadiri oleh AJK² JMB,wakil dari SPNB (Bahagian Urus-Harta),Jumia Niaga & MNA.
Majlis berjalan dengan lancar.

Sehubungan itu,mulai April 2012,segala hal ehwal pengurusan diambil-alih oleh pihak Jumia Niaga.
Diharap semua dapat berikan kerjasama bagi menstabilkan pengurusan di ALB.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak MNA yg telah memberikan perkhidmatan terbaik buat kami di ALB.Jasa tuan tetap dikenang.

Kepada Jumia Niaga,selamat datang ke ALB!

Thursday, March 22, 2012

Peluang Nikmati Air Percuma

Keratan akhbar Sinar harian bertarikh 18 Mac 2012

SHAH ALAM - Mulai 1 April ini, penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal berpeluang menikmati air percuma dengan hanya melaporkan bilangan kediaman berpenghuni di kawasan perumahan mereka kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB), menerusi program ‘Lapor dan Dapat’.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, maklumat itu kemudiannya akan disampaikan Kerajaan Negeri kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), sebelum mereka membuat potongan melalui bil meter pukal.

“Potongan yang diberikan Syabas adalah bersamaan nilai air untuk 20 meter padu kali jumlah kediaman berpenghuni. Mereka kemudian mesti memberi potongan kepada bil-bil meter individu penduduk.

“Bukti potongan ini perlu ditunjukkan kepada COB dan COB juga akan melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan bilangan kediaman yang berpenghuni adalah sama seperti yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Justeru, perbadanan pengurusan (MC), badan pengurusan bersama (JMB), ejen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk diminta berbincang dengan COB untuk mendapatkan air percuma.

Iskandar berkata, program itu berupaya melipatgandakan bilangan penduduk rumah kos rendah mendapat air percuma.

“Kaedah pemotongan pada bil meter pukal memang sedang dilaksanakan sekarang, tetapi program ini akan meringkaskan lagi prosedur permohonan.

“Sebelum ini, sistem kupon turut dilaksanakan untuk memberi air percuma kepada penduduk rumah kos rendah tetapi ia amat rumit. Pemotongan pada bil meter pukal dan sistem kupon dilaksanakan kerana migrasi dari meter pukal ke meter individu oleh Syabas tidak dapat dilakukan dengan kadar segera,” katanya.

sumber

_________________________________________________________________________

Admin: Pihak JMC telah menghubungi pihak COB berkenaan berita di atas.Dukacita dimaklumkan,Apartment Laguna Biru (ALB) tidak layak menikmati air percuma seperti yg dinyatakan di atas.Ini disebabkan status ALB adalah pangsapuri kos sederhana.

Sedangkan syarat² untuk mendapatkan air percuma adalah pangsapuri kos rendah.Walaubagimana pun pihak JMC sedang berusaha menghubungi pihak² lain yg berkenaan utk mendapatkannya.

Harap maklum.

Wednesday, March 14, 2012

Gotong Royong Perdana & Hari Kitar Semula

Pengerusi Taman Tasik Biru En.Hussain Bin Ismail menjemput semua warga Apartment Laguna Biru
untuk turut serta menjayakan program 'Gotong Royong & Hari Kitar Semula.
Objektifnya adalah untuk menjadikan kawasan kediaman kita bersih dan teratur.Warga ALB boleh mengambil bahagian dengan mengumpulkan barang² terpakai atau yg boleh dikitar semula dan diserahkan pada hari tersebut.

Tarikh    :    25.03.2012. Hari Ahad
Masa     :    7.30 pagi ( Perasmian) / 9.00 pagi ( Bermula)
Tempat  :    Medan Parkir Lot Kedai TTB

Untuk keterangan lanjut,sila lawati laman Blog Persatuan Penduduk Taman Tasik Biru.

KLIK DI SINI

Friday, March 9, 2012

Notis Pemberitahuan

NOTIS PEMBERITAHUAN


1.     Untuk makluman semua, khidmat security dari Biz-Guards Security akan ditamatkan apabila segala urusan untuk melantik syarikat security yang baru selesai. Syarikat Allied Security akan mengambil-alih segala tugasan kawalan keselamatan yang akan berkuatkuasa selepas segala urusan dapat diselesaikan.

2.   Pihak JMB juga telah menerima surat pemberhentian perkhidmatan dari pihak MNA Associate yang akan berkuatkuasa pada 31 March 2012. Sehubungan dengan itu pihak AJK JMB telah bersetuju untuk melantik Syarikat Jumia Niaga untuk mengambil-alih tugas tersebut.


Diharapkan segala urusan peralihan kuasa akan berjalan dengan lancar.


Harap Maklum.

SU JMB

Monday, March 5, 2012

Hakmilik Strata

Skim Strata

Skim strata merupakan suatu pembangunan hartanah yang membahagikan bangunan atau tanah kepada petak-petak, petak aksesori dan harta bersama serta telah ditetapkan sistem pengurusan bagi skim tersebut. Contohnya rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, townhouse dan rumah-rumah dalam skim komuniti berpagar.

Kepentingan Hak Milik Strata

Hakmilik strata adalah bukti pemilikan bagi tujuan urusniaga. Contohnya pindahmilik, gadaian, cagaran dan pembahagian pusaka.

Harta Bersama

Harta bersama adalah merujuk kepada mana-mana bahagian lot yang tidak terkandung dalam mana-mana petak. Contohnya tempat letak kereta pelawat, lif, tangga, tangki paip utama dan pondok pegawai keselamatan

Petak Aksesori

Petak aksesori adalah petak lain yang digunakan secara eksklusif oleh tuan punya petak hakmilik strata. Contohnya, tempat letak kereta yang hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh pemilik petak.

Hak-hak Pemilik Petak

● membuat urusniaga seperti pindahmilik, memajak, menggadai, memecah dan menyatukan petak-petak yang dimilikinya;

● mengundi dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan di mesyuarat agung luar biasa yang dibuat oleh Perbadanan Pengurusan;

● hak ke atas harta bersama mengikut unit syer yang diperuntukkan;

● hak ke atas sokongan, perkhidmatan seperti bekalan air, pembentungan, sistem perparitan, bekalan elektrik, pungutan sampah dan perkhidmatan lain;

● hak untuk meneliti rekod dan akaun Perbadanan Pengurusan

Tanggungjawab Utama Pemilik Petak

● membayar caruman kumpulan wang pengurusan;

● mematuhi undang-undang kecil yang sedang berkuatkuasa;

● menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Luar Biasa

● Mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa awam / tempatan berhubungan dengan petak yang dimilikinya.

Larangan terhadap pemilik petak

● menggunakan petak untuk maksud yang menyalahi undang-undang;

● mengunakan bahan api yang mendatangkan asap atau bau busuk;

● membuang atau menjatuhkan apa-apa kotoran atau sampah di kawasan harta bersama;

● memelihara apa-apa binatang dalam petaknya yang menyebabkan keguasaran / kemarahan pemilik petak lain.


Kumpulan Wang Caruman (Management Fund)

Kumpulan wang caruman ini diuruskan oleh Perbadanan Pengurusan. Ia termasuk yuran pengurusan / caj perkhidmatan harta bersama, premium insuran kebakaran, akaun khas dan lain-lain.

Perbadanan Pengurusan

Perbadanan Pengurusan adalah sebuah badan korporat yang boleh mendakwa dan didakwa. Ia wujud di bawah Akta Hakmilik Strata 1985 dan tidak perlu didaftarkan dengan Pendaftar Syarikat atau Pendaftar Pertubuhan. Ia mempunyai hak turun-temurun (perpetual succession).

Kuasa-kuasa Perbadanan Pengurusan

● menentukan bayaran yang perlu dibuat oleh setiap pemilik petak kepada tabung pengurusan;

● membeli, menyewa atau memperolehi harta alih untuk kegunaan bersama;

● mematuhi notis / arahan oleh pihak berkuasa untuk melakukan sesuatu ke atas harta bersama;

● mengambil tindakan ke atas petakl-petak sekiranya pemilik berkenaan gagal mematuhi arahan-arahan dalam tempoh tertentu;

Tanggungjawab Perbadanan Pengurusan

● mengurus dan menyelenggarakan harta bersama untuk memberi faedah kepada semua pemlik petak;

● menginsuranskan bangunan dari kebakaran dan lain-lain risiko;

● membayar premium insurans dan lain-lain kadar yang ditetapkan;

● mempamerkan nama dan alamatnya di pintu masuk lot serta menyediakan peti surat;

● mematuhi apa-apa notis atau arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan berhubung dengan harta bersama

Sumber