Pages

Subscribe:

Tuesday, March 1, 2011

Penyerahan Sumbangan Zakat

Kehadiran AJK

Sebahagian barang keperluan





Sumbangan sebahagian wang tunai

Menjamah hidangan
Alhamdulillah, walaupun baru lebih kurang dua bulan menghuni Laguna Biru nampaknya sudah ada insan prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi oleh orang lain. Biro Kerohanian dan kerjasama orang surau telah mendapat wang zakat daripada seorang insan dermawan untuk disumbangkan kepada keluarga yang memerlukan. AJK Laguna Biru telah sepakat untuk menyerahkan wang zakat tersebut kepada keluarga Encik Azmi dan juga Puan Sarimah memandangkan mereka yang layak menerima bantuan tersebut.
Biro Kerohanian dan orang surau telah sepakat menerahkan wang zakat tersebut kepada Biro Aktiviti, Keluarga dan Kebajikan untuk menyerahkan kepada kelaurga tersebut.
Ketua Biro Aktiviti, Keluarga dan Kebajikan pula telah sepakat untuk membahagikan wang zakat tersebut iaitu sebahagiannya membeli keperluan dapur seperti beras, minyak, tepung dan beberapa makanan lain dan sebahagiannya wang tunai untuk diserahkan.
Pada 19 Februari 2011, AJK Biro Aktiviti, Kebajikan dan Keluarga telah ke rumah pasangan Encik Azmi dan Puan Sarimah untuk menyerahkan bantuan. Terima kasih juga kepada keluarga tersebut kerana dalam kesibukan sempat juga menghidangkan makanan kepada AJK.
Semoga lebih banyak insan berhati mulia tampil memberikan bantuan dan sumbangan ikhlas demi meringankan beban bagi yang memerlukan.

No comments:

Post a Comment