Pages

Subscribe:
Showing posts with label Peraturan Dalaman Rumah. Show all posts
Showing posts with label Peraturan Dalaman Rumah. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Draft House Rules

Diupdate sekali lagi,draf House Rules yg telah dibincangkan sebanyak dua kali bersama penduduk.
Didalam AGM yg akan datang tidak lama lagi,draf ini akan dibacakan sekali lagi.Segala usul boleh dikemukan pada hari tersebut.

Download Draf House Rules.DISINI   atau klik icon dibawah ini.


Monday, April 23, 2012

Download Draft House Rules-Update

Draf Peraturan Dalam Apt Laguna Biru yg terkini,lepas perjumpaan perbincangan dahulu.Perjumpaan ini diadakan sebanyak dua kali bagi membincangkan perkara tersebut.Kemungkinan Drat ini akan dibaca semasa AGM yg dijangka pada bulan Jun ini.

Untuk muat-turun DRAT PERATURAN DALAM yg terkini,sila klik  DISINI.

Monday, February 27, 2012

Up-date:Kemaskini Draf House Rules

Up-date terkini Draf Peraturan Dalaman ( House Rules ) yg dikemaskini selepas perjumpaan / perbincangan bersama JMB
pada 19 Feb 2012 yg lepas.Terdapat beberapa penambahan cadangan yg domasukkan.Diharap semua warga ALB membacanya dengan teliti.Jika ada sebarang penambahan/pengurangan/cadangan/ sila catatkan.Usulkan semasa perjumpaan yg akan datang pada 4 Mac 2012.(Ahad) Pukul 10.00 pagi.Lokasi Tadika di blok E.

Harap Maklum

Untuk memuat-turun Drat House Rules yg terkini (selepas perbincangan pertama) sila klik dibawah.

Tuesday, February 21, 2012

Up-date:Perbincangan Draf House Rules

Alhamdulillah,perjumpaan perbincangan Peraturan Dalaman (House Rules) pada 19 Feb 2012 lalu telah berlangsung dengan jayanya.Terima kasih kepada peghuni yang sudi datang memberikan pendapat,idea untuk dikongsi bersama.

Perkara yg terkandung didalam House Rules dibentangkan oleh Setiausaha JMB En.Khyrul Anuar.
Setiap Perkara dikupas satu persatu.Pelbagai penambahbaikan Perkara dibincangkan.Syabas! semua.

Terdapat juga beberapa Perkara seperti petak parking & yuran maintenance yg perlu diperbincangkan dgn lebih mendalam.Kemungkinan perkara ini akan diusulkan semasa AGM yg akan datang.

Jika diizinkan,perjumpaan seterusnya bagi membincangkan House Rules dijangka pada 4 Mac 2012.Masa dan tempat akan diberitahu kelak.

Dalam masa terdekat ini,House Rules yg dibincangkan tempoh hari,akan dikongsi di sini.Selepas penambahan dilakukan.

Berikut beberapa keping gambar yg dimuat turun dari Facebook Community Laguna Biru Group.


 


Antara penghuni ALB yg hadir
Wanita dan ibu² juga tidak ketinggalan turut serta memberikan idea & pandangan.


AJK-AJK

Thursday, February 16, 2012

Draft: Peraturan Dalaman Rumah (House Rules)

Selaras dengan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB),satu Peraturan Dalaman Rumah ataupun House Rules telah digubal bagi menjaga keharmonian Apartment Laguna Biru.Draft ini masih dalam proses kemaskini.Sehubungan itu,pihak Pengurusan meminta semua penghuni membacanya dengan teliti.Jika ada penambahan,pengurangan,pembaikan dan lain² sila kemukakan kepada AJK² (JMC) yg dilantik.
Satu mesyuarat akan diadakan bagi meluluskan rang undang-undang Peraturan Dalaman Rumah (House Rules) yg akan digunapakai.Tarikh & masa akan ditentukan kemudian.
Diharap semua penghuni dapat memberikan idea dan pandangan utk penambahbaikan.

Sekian,terima kasih.

 
Untuk muat-turun dokumen tersebut,sila klik Icon dibawah:-




 


UP-DATE!!!!

Mesyuarat JMC bersama penduduk bagi membincangkan isi kandungan House Rules.
Perbincangan awal bersama penduduk sebelum House Rules ini diusulkan ke AGM JMB yg dijangka pada April 2012.Semua penduduk ALB dijemput hadir.

TARIKH:19 FEBUARI 2012
MASA:9.30 PAGI
TEMPAT:SURAU SEMENTARA BLOK E

Harap Maklum.

(Notis Dalaman telah ditampal disetiap blok)
---------------------------------------------------------------------

UPDATE!!!

Untuk Draf yg terkini sila ke entri terbaru!