Setelah hampir sebulan selepas tarikh penyerahan kunci kita semua mula gelisah. Semua memikirkan dan bertanyakan soalan yang sama iaitu bila elektrik nak disambungkan. Bagi yang menyewa rumah tentulah tak sabar-sabar nak duduk rumah sendiri. Nak tunggu sehari pun tak sanggup ini kan pula berbulan-bulan. Mulalah kita membincangkan perkara ini melalui facebook. Tanpa disedari ikatan kejiranan mulai terjalin. Terima kasih facebook!
Tarikh 24 Disember merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Semua gembira bila bekalan elektrik mula disambungkan. Ada yang mengambil keputusan bermalam di rumah baru. Exciteh terlebih...heheh...Feel tidur di rumah sendiri lain walaupun hanya beralaskan toto...
Hujung minggu berikutnya Laguna Biru riuh dengan suara-suara dan kerja-kerja pemindahan barang penghuninya. Ada yang sibuk mengecat, sibuk mengetuk, membasuh, mengemop, dan pelbagai lagi kerja. Semua masalah dilupakan sekejap. Proses pemindahan lagi penting!
Minggu berikutnya Laguna Biru mulai berpenghuni. Alhamdulillah. Doa kita dimakbulkan Yang Maha Esa.
No comments:
Post a Comment