Pages

Subscribe:
Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Monday, February 14, 2011

Bekalan Elektrik

Setelah hampir sebulan selepas tarikh penyerahan kunci kita semua mula gelisah. Semua memikirkan dan bertanyakan soalan yang sama iaitu bila elektrik nak disambungkan. Bagi yang menyewa rumah tentulah tak sabar-sabar nak duduk rumah sendiri. Nak tunggu sehari pun tak sanggup ini kan pula berbulan-bulan. Mulalah kita membincangkan perkara ini melalui facebook. Tanpa disedari ikatan kejiranan mulai terjalin. Terima kasih facebook!
Tarikh 24 Disember merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Semua gembira bila bekalan elektrik mula disambungkan. Ada yang mengambil keputusan bermalam di rumah baru. Exciteh terlebih...heheh...Feel tidur di rumah sendiri lain walaupun hanya beralaskan toto...
Hujung minggu berikutnya Laguna Biru riuh dengan suara-suara dan kerja-kerja pemindahan barang penghuninya. Ada yang sibuk mengecat, sibuk mengetuk, membasuh, mengemop, dan pelbagai lagi kerja. Semua masalah dilupakan sekejap. Proses pemindahan lagi penting!
Minggu berikutnya Laguna Biru mulai berpenghuni. Alhamdulillah. Doa kita dimakbulkan Yang Maha Esa.

Hari Pengambilan Kunci


 
Tempat penyerahan kunci di ruang depan Blok E

Sebahagian pembeli Laguna Biru



Keadaan sinki



Cermin nako yang kemek dan pecah

Alhamdulillah setelah lebih kurang tiga tahun menanti dengan penuh kesabaran akhirnya kita semua mendapat berita gembira bahawa penyerahan kunci rumah kita akan diadakan seperti yang dijadualkan pada 27 November 2010. Pada waktu itu tiada perkara lain yang lebih mengembirakan kita semua melainkan perkara ini. Bermulalah episod baru dalam hidup kita semua memandangkan ramai yang menanti dengan pelbagai masalah memandangkan tarikh penyerahan kunci tidak berjalan seperti yang dijanjikan.

Namun berkat kesabaran kita semua, impian kita akhirnya menjadi kenyataan. Kaum perempuan mulai sibuk merangka deko rumah impian masing-masing. Kaum lelaki pula sibuk menguruskan kewangan bagi memenuhi impian isteri masing-masing. Hehehe....

Tepat jam 10.00 pagi seperti yang dijanjikan semua hadir dengan hati yang berbunga-bunga. Tidur malam pun tak lena. Akhirnya dapatlah kunci rumah impian masing-masing dan lawatan ke rumah sendiri dijalankan. Masa itu tak ingat dunia dah...hahah...
Walau bagaimanapun, ramai di antara kita yang kecewa dengan kondisi rumah. Ada yang retak, ada yang berkarat, dinding tidak rata dan pelbagai masalah lain termasuklah yang paling menghairankan kita semua tiada bekalan elektrik.

Namun, itu semua tidak menghalang kita dari terus menyusun rapi perancangan pemindahan seperti yang dirancangkan selama ini. Ada yang sanggup bergelap dengan ditemani cahaya lilin. Ini semua merupakan kenangan manis kita bersama dalam proses pemindahan ke Laguna Biru. kalau ada lagi pengalaman best-best bolehlah dikongsikan bersama.

*bukan niat mengungkit kenangan lama tetapi sekadar berkongsi cerita