KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan negeri Selangor sekali lagi digesa supaya mewujudkan undang-undang yang mewajibkan semua pemilik pangsapuri untuk memohon migrasi meter air pukal kepada meter individu agar pengguna mendapat bil yang lebih adil.
Pengarah Eksekutif Kewangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Thein Kwee Sin berkata, ini kerana pihaknya mendapati berlaku kekurangan terhadap permohonan migrasi meter disebabkan terdapat sebahagian pemilik premis sengaja enggan berbuat demikian kerana tidak pernah membayar bil air kepada syarikat pengurusan.
Apabila terdapat segelintir penghuni yang tidak mahu menukar meter mereka kepada meter individu, perkara ini menyukarkan proses migrasi kerana ia hanya dapat dilaksanakan apabila kesemua penghuni sesebuah pangsapuri atau kondominium bersetuju menggunakan meter tersebut.
Showing posts with label Meter Pukal. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012
Thursday, March 22, 2012
Peluang Nikmati Air Percuma
Keratan akhbar Sinar harian bertarikh 18 Mac 2012
SHAH ALAM - Mulai 1 April ini, penduduk pangsapuri kos rendah yang menggunakan meter pukal berpeluang menikmati air percuma dengan hanya melaporkan bilangan kediaman berpenghuni di kawasan perumahan mereka kepada Pesuruhjaya Bangunan (COB), menerusi program ‘Lapor dan Dapat’.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, maklumat itu kemudiannya akan disampaikan Kerajaan Negeri kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), sebelum mereka membuat potongan melalui bil meter pukal.
“Potongan yang diberikan Syabas adalah bersamaan nilai air untuk 20 meter padu kali jumlah kediaman berpenghuni. Mereka kemudian mesti memberi potongan kepada bil-bil meter individu penduduk.
“Bukti potongan ini perlu ditunjukkan kepada COB dan COB juga akan melakukan pemeriksaan mengejut untuk memastikan bilangan kediaman yang berpenghuni adalah sama seperti yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Justeru, perbadanan pengurusan (MC), badan pengurusan bersama (JMB), ejen pengurusan, pemaju dan persatuan penduduk diminta berbincang dengan COB untuk mendapatkan air percuma.
Iskandar berkata, program itu berupaya melipatgandakan bilangan penduduk rumah kos rendah mendapat air percuma.
“Kaedah pemotongan pada bil meter pukal memang sedang dilaksanakan sekarang, tetapi program ini akan meringkaskan lagi prosedur permohonan.
“Sebelum ini, sistem kupon turut dilaksanakan untuk memberi air percuma kepada penduduk rumah kos rendah tetapi ia amat rumit. Pemotongan pada bil meter pukal dan sistem kupon dilaksanakan kerana migrasi dari meter pukal ke meter individu oleh Syabas tidak dapat dilakukan dengan kadar segera,” katanya.
sumber
_________________________________________________________________________
Admin: Pihak JMC telah menghubungi pihak COB berkenaan berita di atas.Dukacita dimaklumkan,Apartment Laguna Biru (ALB) tidak layak menikmati air percuma seperti yg dinyatakan di atas.Ini disebabkan status ALB adalah pangsapuri kos sederhana.
Sedangkan syarat² untuk mendapatkan air percuma adalah pangsapuri kos rendah.Walaubagimana pun pihak JMC sedang berusaha menghubungi pihak² lain yg berkenaan utk mendapatkannya.
Harap maklum.