Pages

Subscribe:
Showing posts with label Komuniti Laguna Biru. Show all posts
Showing posts with label Komuniti Laguna Biru. Show all posts

Monday, November 5, 2012

Selesai-AGM kali ke-2



Assalamulaikum wbt.

Alhamdulillah,mesyuarat agung Badan Pengurusan Laguna Biru yg berlangsung pada 4 Nov 2012,Ahad telah berjalan dengan sempurna.Dan mendapat kerjasama yg tinggi dari warga ALB.

Seawal jam 9.30pagi,ahli JMB mula mendaftar,menyemak bagi ,menentukan adakah mereka layak mengundi dan sebagainya.

Antara yg terdapat didalam atucara majlis.

Tetamu kehormat

En. Aminuddin bin Hussien

(Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan C.O.B)

En. Azrul Hisyam Munap
(Pengurus Bahagian Urus Harta)

AJK Induk (sesi 2011-2012)

En. Mohd Hanif bin Mohd Zam Zam
(Pengerusi JMB)

En. Khyrul Anuar Alias
(Setiausaha JMB)

En. Ab Aziz Mohamad Zakiyah
(Bendahari JMB)

En. Suhizan bin Ishak
( AJK JMB )

En. Mohd Noh Hj Hamid
( AJK JMB )

En. Yuhaizal Yaacob
( AJK JMB )

En. Hamdan Mohd Yusof
( AJK JMB )

En. Ahmad Efendi Sarni
( AJK JMB )

En. Zailey bin Zaiton
( AJK JMB )

En. Mohd Fazil bin Md Desa
( AJK JMB )

En. Mohamed Ariffin Mohamed Ali
( AJK JMB )

En. Rusydi Abd Rahim
( AJK JMB )

En. Mohamad Zahari Yahya(Wakil SPNB)

AJK Kecil (Jumia Niaga)

En. Zul Helmi Md Junid
(Pengarah Urusan)

En. Sr. Abdul Mutalib bin Aman Shah
(Pengarah Operasi)

Cik Siti Emiliya Sarida binti Che Musa
(Pengurus Fasiliti)

En. Kamarulzaman bin A. Latip
(Senior Eksekutif Bangunan)

En. Azman Shah b. Abdul Manaf
(Senior Eksekutif Bangunan)

Mohd Faris Hakim bin Ilies
(Eksekutif Bangunan)

Pn. Seri Sukma Abd. Halim
(Pentadbiran)

Nurul Aini bt Othman
(Pentadbiran)
-------------------------------------------------------------------------
Aturcara majlis adalah seperti berikut:

10.00 am : Pendaftaran kehadiran penduduk
10.30 am : Ketibaan C.O.B, SPNB dan ahli-ahli JMB
10.40 am : Bacaan Doa

Ucapan C.O.B, pengerusi JMB dan wakil SPNB

11.00 am : Pembentangan
Agenda 1 – Perbincangan Minit Mesyuarat Pertama

Agenda 2 – Kewangan oleh SPNB
Agenda 3 – Kewangan oleh JMB

1.00 pm : Makan tengahari

2.00 pm : Pembentangan
Agenda 4 - Peraturan dalaman
Isu berbangkit
Soal jawab

3.30 pm : Pembubaran JMB bagi sesi 2011/2012
Perlantikan JMB bagi sesi 2012/2013

5.00 pm : Minum petang

Penutup

*Mesyuarat berakhir sekitar jam 6.00 petang.Jangkasama yg lama diambil kerana pembentangan dan meluluskan Peraturan Dalaman yg akan digunapakai dlm tempoh terdekat.

Gambar-gambar sekitar berlangsungnya majlis akan di'upload'kan.

Jutaan ribuan terima kasih kepada semua ahli yg hadir menjayakan mesyuarat AGM kali ini.


Thursday, November 1, 2012

Wednesday, October 31, 2012

Draft House Rules

Diupdate sekali lagi,draf House Rules yg telah dibincangkan sebanyak dua kali bersama penduduk.
Didalam AGM yg akan datang tidak lama lagi,draf ini akan dibacakan sekali lagi.Segala usul boleh dikemukan pada hari tersebut.

Download Draf House Rules.DISINI   atau klik icon dibawah ini.


Wednesday, October 10, 2012

Ibadah Korban & Aqiqah di Kemboja


Ibadah korban & aqiqah di Kemboja anjuran JAKIM.
Warga Laguna Biru yang berminat,boleh menghubungi Ustaz Amri Razali di talian 017-8823881.

Wednesday, September 5, 2012

Keratan akhbar:Wujudkan undang² wajib tukar meter pukal ke meter individu

KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan negeri Selangor sekali lagi digesa supaya mewujudkan undang-undang yang mewajibkan semua pemilik pangsapuri untuk memohon migrasi meter air pukal kepada meter individu agar pengguna mendapat bil yang lebih adil.

Pengarah Eksekutif Kewangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Thein Kwee Sin berkata, ini kerana pihaknya mendapati berlaku kekurangan terhadap permohonan migrasi meter disebabkan terdapat sebahagian pemilik premis sengaja enggan berbuat demikian kerana tidak pernah membayar bil air kepada syarikat pengurusan.


Apabila terdapat segelintir penghuni yang tidak mahu menukar meter mereka kepada meter individu, perkara ini menyukarkan proses migrasi kerana ia hanya dapat dilaksanakan apabila kesemua penghuni sesebuah pangsapuri atau kondominium bersetuju menggunakan meter tersebut.

Sunday, May 27, 2012

Gambar:Majlis Akikah Perdana & Doa Selamat Komuniti Laguna Biru

Alhamdulillah......Majlis Akikah & Doa Selamat yg julung² kali diadakan,mendapat sambutan dan kerjasama dari semua penduduk Pangsapuri Laguna Biru.
Bermula dari melapah lembu,megupas bawang,cili dan sebagainya hinggalah majlis selesai,sifat kerjasama,gotong-royong yg tinggi ditunjukkan oleh semua penduduk.Syabas!!
Berikut beberapa gambar yg sempat diambil.Jom layan......







Terima kasih daun keladi,panjang umur berjumpa lagi.Diharap aktiviti2 seperti ini dapat diteruskan,dijadikan amalan setiap tahun.Disamping bergotong-royong,kita dapat berkenalan dgn lebih rapat sesama jiran.
Terima kaish kepada semua yg menjayakan program ini dan juga terima kasih kepada peserta2 akikah yg terlibat.Syabas semua!!


Tuesday, May 22, 2012

Majlis Akikah Perdana & Doa Selamat ALB

Assalamulaikum wbt.

Dengan berbesar hati Persatuan Penduduk Pangsapuri Laguna Biru (PPPLB),AJK² Surau Laguna Biru serta para peserta Program Akikah akan mengadakan Majlis Akikah Perdana 2012 dan Majlis Doa Selamat yg julung kalinya diadakan di ALB.
Program bermula pada hari Sabtu 26 Mei,dengan meyediakan segala kelengkapan & peralatan utk majlis.
Diharap semua penduduk ALB dapat menghadirkan diri bagi menjayakan program tersebut.Majlis diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 27 Mei 2012
Masa : 12 t/hari - 4 petang
Tempat : Surau ALB, Blok A.
Tentatif program :
12.00 t/hari - 1.15 t/hari : Majlis bacaan Yasin,Tahlil dan Doa Selamat
1.15 t/hari - 2.00 ptg : Solat Zuhur
2.00 ptg - 4.00 ptg : Jamuan makan

Semua warga Apartment Laguna Biru dijemput hadir.

Tuesday, May 1, 2012

Sumbangan:Majlis Akikah Perdana & Majlis Bacaan Doa Selamat

Salam 1 Malaysia untuk semua warga ALB,

Merujuk Majlis Bacaan Doa Selamat dan Akikah Perdana ALB 2012 yang bakal berlangsung pada akhir bulan Mai 2012 pihak Persatuan Penduduk Apartment Laguna Biru (PPALB) akan membuat satu kutipan sumbangan dari rumah ke rumah bagi menampung kos Majlis serta menambahkan Dana bagi Surau ALB di Blok A. Kutipan akan dilakukan pada :

Tarikh : 06 May 2012
Masa : Selepas Solat Isyak

Sumbangan minimum bagi setiap isi rumah yang bekerja sebanyak RM 10.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Sahaja) dan jika lebih, kami sangat mengalu-alukanya.
Disamping itu, pihak PPPLB akan mengagihkan satu borang Bancian Penduduk bagi mengemaskini data penghuni yang berada di ALB bagi merancang aktiviti di masa hadapan serta suai kenal bersama penduduk.

Diharapkan agar semua penghuni dapat memberikan kerjasama penuh kepada wakil PPPLB semasa aktiviti ini dilakukan.

Notis rasmi juga akan di tampal di semua Blok bagi makluman penghuni yang tiada FB

Sekian.Terima kasih

Friday, April 20, 2012

Info Garis Panduan Jawatankuasa Penduduk

1. OBJEKTIF PENUBUHAN JKP :
Mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman di antara penduduk
dengan MPS.
Menyalurkan maklumat / penerangan yang tepat, telus serta terperinci
tentang aktiviti / program, dasar serta perkembangan semasa MPS
kepada penduduk.
Mendapatkan maklumat tentang permasalahan dan aduan penduduk
yang berkaitan untuk diselesaikan di peringkat MPS.
Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat di dalam aktiviti –
aktiviti kemasyarakatan di peringkat MPS.
Merapatkan hubungan silaturahim dikalangan penduduk disamping
mewujudkan semangat perpaduan berbilang bangsa.
2. PERHUBUNGAN JKP DENGAN PBT :
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha JKP serta mana AJK JKP
MPS boleh berurusan secara terus dengan Ahli Majlis atau PBT melalui
Unit Urusetia, Majlis Perbandaran Selayang.
Sebarang permasalahan penduduk atau cadangan projek serta program
yang dicadangkan oleh JKP boleh di bawa ke dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Penduduk yang akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua
atau Timbalan Yang Dipertua atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
masing-masing.
Pihak PBT boleh menjemput JKP untuk menghadiri seminar, bengkel atau
perundingan sekiranya terdapat sebarang isu pertikaian, salah faham,
perkara serta apa-apa isu yang berkaitan dengan penduduk, projek
pembangunan atau lain-lain perkhidmatan Majlis.
Setiap JKP akan mempunyai seorang Pegawai PBT sebagai Pegawai
Kawasan (Area Officer).

1. KEANGGOTAAN
Ahli-ahli Jawatankuasa Penduduk hendaklah tidak kurang dari 10 orang dan
tidak melebihi 30 orang jumlahnya. Jawatankuasa ini terdiri daripada mereka
yang memegang jawatan berikut ( tertakluk kepada pindaan) :-
 Pengerusi
 Naib Pengerusi
 Setiausaha
 Bendahari
 Ahli-ahli Jawatankuasa Kecil, seperti struktur yang
ditunjukkan di rajah 1.
2. FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB JKP :-
Pengerusi JKP (Ahli Majlis) :-
 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawantankuasa
dan bertanggungjawab atas kelicinan perjalanan mesyuarat.
 Menentukan kehadiran ahli mencukupi untuk mesyuarat
berjalan dengan lancar.
 Memastikan bahawa aktiviti-aktiviti Jawatankuasa
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
 Menjadi tempat rujukan kepada rakyat / penduduk setempat
mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan MPS.
 Menjadi orang perantaraan di antara rakyat dengan MPS
dan sebaliknya.
 Bertanggungjawab memastikan kawasan kawalan mereka
berada di dalam keadaan baik dan melaporkan kepada MPS
perkara-perkara yang memerlukan tindakan.
 Bertanggungjawab memantau isu-isu semasa seperti
setinggan, gerai haram, video haram, masalah sosial dan
sebagainya.
 Menerima aduan-aduan dari rakyat dan merujukkannya
kepada MPS ;

Untuk lebih terperinci lawati laman web MPS.Klik DISINI

Monday, April 16, 2012

Mesyuarat AJK Penaja Penubuhan Persatuan Penduduk

Mesyuarat penubuhan Persatuan Penduduk Apartment Laguna Biru bagi melantik AJK² Penaja telah berlangsung pada hari Ahad,15 Mac 2012 jam 3.00petang.Diadakan di Tadika Blok E.Notis mesyuarat hanya diwar-war secara online melaui laman sosial Facebook (Commnunity Laguna Biru Group).
Ini kerana mesyuarat hanya ingin melantik AJK² penaja bagi merealisasikan penubuhan persatuan.Mereka yg dilantik ini akan bertungkus-lumus sehingga Persatuan ini berjaya didaftarkan.Terima kasih diucapkan kepada mereka semua.

Mesyuarat dimulakan oleh Encik Zaidi selaku penggerak persatuan.Cadangan nama² jawatan serta calon-calonnya.Disini kerjasama semua penghuni amat rapat.Masing² memberi komitnen yg terbaik.

Sedikit bingkisan gambar yg sempat diambil.

Antara yg hadir



Badan penggerak penubuhan Persatuan Penduduk Apt Laguna Biru






Diharap impian ini menjadi kenyataan.Terima kasih diucapkan kepada mereka yg sudi hadir memberi pendapat dan pandangan serta menyokong penubuhan ini.Senarai penuh AJK² akan menyusul.
Terima kasih.

Saturday, March 31, 2012

Perlantikan Agen Pengurusan Baru

Dengan sukacitanya dimaklumkan, pihak Jumia Niaga telah dilantik sebagai agen pengurusan Apt Laguna Biru yg baru.
Ini berikutan tamatnya kontrak MN Asscocites pada 31 Mac 2012.Majlis ringkas serahkuasa telah diadakan pada hari Sabtu,31 Mac 2012 jam 10.00 pagi.Ini dihadiri oleh AJK² JMB,wakil dari SPNB (Bahagian Urus-Harta),Jumia Niaga & MNA.
Majlis berjalan dengan lancar.

Sehubungan itu,mulai April 2012,segala hal ehwal pengurusan diambil-alih oleh pihak Jumia Niaga.
Diharap semua dapat berikan kerjasama bagi menstabilkan pengurusan di ALB.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak MNA yg telah memberikan perkhidmatan terbaik buat kami di ALB.Jasa tuan tetap dikenang.

Kepada Jumia Niaga,selamat datang ke ALB!

Saturday, February 25, 2012

Pembukaan Rasmi Surau ALB

Alhamdulillah,akhirnya surau rasmi ALB dapat digunakan sepenuhnya.Surau ini terletak di Blok A.Sebelum ini Tadika di blok E,dijadikan surau sementara bagi semua penghuni ALB utk bersolat.
Satu majlis ringkas bacaan Yassin telah diadakan.Diharap surau ini dapat digunakan sepenuhnya oleh kita semua.Perbincangan utk melantik AJK Surau ALB akan diadakan dlm tempoh terdekat.Ini bagi memastikan pengurusan surau lebih teratur.



Surau ALB amat mengharapkan kehadiran para jemaahnya, untuk kita bersama bersembahyang berjemaah sebagaimana yang di tuntut oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya hukum bersembahyang berjemaah di surau/masjid adalah wajib sebagaimana dikisahkan bahawa Abdullah bin Umi Maktum radhiyallahu’anha pernah meminta keringanan untuk tidak solat berjama’ah di masjid dan mengemukakan berbagai alasan keuzurannya, diantaranya: buta matanya dan tidak ada sesiapa yang membawanya untuk menuju ke masjid.
Diriwayatkan dalam Shahih Muslim dari Abu Hurairah ra, bahwa seorang yang buta datang menemui Rasulullah saw seraya berkata: “Wahai Rasulullah, sungguh aku tidak memiliki penuntun yang bisa menuntunku ke masjid”. Orang itu meminta keringanan kepada Rasulullah saw. Maka Rasulullah pun mengizinkannya. Namun kemudian ketika orang itu berpaling, Rasulullah saw memanggilnya seraya berkata: “Apakah engkau mendengar panggilan untuk solat?” Dia menjawab: “Ya”. Maka beliau s.a.w bersabda: “Kalau begitu penuhilah!” (HR. Shahih Muslim dalam Kitabul Masaajid).

Insyaallah...bersama kita mengimarahkan surau ALB.

Saturday, August 27, 2011

Dodol oh Dodol

Program kacau dodol bersama,telah diadakan pada 26 Ogos 2011.
Aktiviti bermula  dari pukul 9mlm dan selesai pada pukul 4pagi.
Lebih kurang 22 orang yg mengambil bahagian dlm program tersebut.
Semua berjalan dgn lancar dan penuh semangat bergotong-royong.Diharap ini dapat diteruskan utk masa2 yg akan datang.Tahniah semua!!!






Lagi gambar2 menarik akan diupload.Tunggu..............

Saturday, August 20, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Dikesempatan ini,kami,AJK-AJK Persatuan Komuniti Laguna Biru dan AJK-AJK JMB menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada salah & silap.Selamat Hari Raya,Maaf Zahir dan Batin buat semua warga Laguna Biru.Berhati-hati dijalanraya,semoga anda sampai ke destinasi dgn selamat.

Thursday, July 21, 2011

Majlis Sambutan Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah...Ramadhan Al-Mubarak hampir tiba.Bagi menyambut kedatangan bulan yg mulia ini,Komuniti Laguna Biru akan mengadakan Jamuan Menyambut Puasa.Semua penduduk dijemput hadir bagi memeriahkan majlis ini disamping mengeratkan semangat kejiranan,berkenalan antara satu sama lain,agar ALB terus aman damai.


Jesteru itu,satu mesyuarat akan diadakan pada
23 Julai 2011,jam 9.00mlm.Bertempat di Surau blok E.Semua komuniti dijemput hadir,bagi membincangkan persiapan yg akan diadakan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Up-date

Hasil perbincangan drpd mesyuarat tersebut:

Menu utama:Bihun Goreng

Menu tambahan:Sumbangan ikhlas makanan dari Penduduk Laguna Biru

Minuman:Sirap special :-)

Kutipan Sumbangan sebanyak:RM10.00 (satu rumah)

Pembayaran boleh dibuat terus kepada :

En.Khyrul Anuar (Blok E)

En.Hanif (Blok F)

sebelum 29 Julai 2011

Majlis akan diadakan bertempat di perkarangan Surau ALB(Blok E)
Bermula dgn solat Maghrib beramai2,Takirah & Doa Selamat
Jamuan makan selepas Solat Isyak.

Marilah sama2 memeriahkan majlis ini.Semua warga Laguna Biru dijemout hadir dan berkenalan antara satu sama lain.





Friday, June 24, 2011

Akta 663

























PENERANGAN RINGKAS MENGENAI
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007
[AKTA 663]


Klik Disini untuk download.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


























UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 663
AKTA BANGUNAN DAN HARTA BERSAMA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2007

Klik Disini untuk download


Bersama kita baca dan fahami hak-hak kita sebagai pembeli/penduduk.

Tuesday, June 21, 2011

Mesyuarat Pertama Penubuhan JMB-selesai

Alhamdulillah,Mesyuarat Pertama Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (BPB) telah selesai.Terima kasih kepada semua penduduk yg hadir.Diharap info yg diberikan dapat dimanfaatkan oleh kita semua.AJK2 telah pun dilantik dan nama2 akan diupdate dlm masa terdekat.








Friday, June 17, 2011

Gangguan Bekalan Air

















Notis gangguan bekalan air di Apartment Laguna Biru

Tarikh:21 Jun 2011 (Selasa)
Masa:9.00pagi hingga 5.00 ptg
Blok2 yg terlibat:D,E & F

Sila simpan air yg secukupnya utk kegunaan disaat2 kecemasan.
p/s:Harap2 cepatlah ada air hari tu,kesian suri2 rumah nak membasuh,memasak dll


Info dari:MN Associates

Friday, June 10, 2011

Notis Mesyuarat JMB

Semua warga ALB diwajibkan hadir untuk mendengar dan bertanya sendiri apa itu JMB, apa kelebihan dan kekurangan dan kenapa perlu JMB dan macam2 lagi..

Ketahui hak anda.
Laksanakan hak anda.
Manfaatkan peluang ini sepenuhnya supaya tidak mendatangkan masalah pada masa depan.


Notis mesyuarat telah diedarkan ke peti surat anda.Jika tidak terima,anda boleh dapatkan di pejabat pengurusan di Blok E.


Harap Maklum.




Update dari posting lama:DISINI

Apa yg dimaksudkan dengan JMB?

Kebanyakan penduduk belum memahami apakah yang dimaksudkan dengan “JMB” yang perlu ditubuhkan. “JMB” ataupun dengan nama penuhnya “Joint Management Body” adalah sebuah badan yang ditubuhkan diperingkat pra sebelum penubuhan Management Corporation. Dengan adanya JMB sekurang-kurangnya ia dapat memberi pendedahan awal kepada Ahli Jawatankuasa untuk mengurus dan menyelenggara bangunan yang diduduki sebelum penubuhan Perbadanan Pengurusan.

Pasa asasnya, penyelenggaraan pangsapuri, rumah bertingkat akan dipertanggungjawab kepada pemilik berdaftar unit-unit di situ.


Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan & Pengurusan Bangunan) 2007 (Akta 663) yang berkuatkuasa pada 12 April 2007 telah mewajibkan semua pemaju untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah Akta Hakmilik Strata. Setiap pemaju akan menubuhkan JMB di pangsapuri yang telah dibina oleh mereka sebelum ini bersama-sama dengan penduduk di bangunan terbabit. Dibawah ini saya sediakan sedikit maklumat yang dipetik dari artikel di dalam property magazine.

Apakah yang dimaksudkan dengan Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB)?
Badan Pengurusan Bersama atau Joint Management Body (JMB) adalah satu jawatankuasa yang dianggotai dan ditadbir oleh Pemilik Petak/Penduduk dalam mengurus dan menyenggara bangunan. JMB diwajibkan di semua bangunan bertingkat yang tertakluk di bawah hakmilik strata.

Kenapa JMB perlu ditubuhkan?
Penubuhan JMB adalah perlu selaras dengan Akta 663 yang mewajibkan setiap Pemaju untuk menubuhkan JMB sehingga hakmilik strata dikeluarkan dan Perbadanan Pengurusan ditubuhkan.

Bilakah Penubuhan JMB dikuatkuasakan?
Bagi pangsapuri yang telah menerima kunci kediaman dan belum menerima hakmilik strata, pemaju hendaklah menubuhkan JMB dalam tempoh 12 bulan mulai dari 12 April 2007 atau dari tarikh mengambil kunci rumah kediaman.

Apakah Tanggungjawab dan kuasa JMB?
Tanggungjawab dan kuasa JMB adalah mematuhi notis PBT, menyenggara harta bersama, mendaftarkan JMB, menentukan dan mengenakan caj penyenggaraan, memastikan Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan diaudit, mentadbir Kumpulan Wang Penyenggaraan Bangunan, menguatkuasa kaedah dalaman (House Rules), mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan Luar Biasa, menginsuranskan bangunan, menyediakan dan menyenggara daftar pembeli, lain-lain perkara yang berkaitan penyenggaraan bangunan dan menyenggara Sinking Fund.

Siapakah Ahli-ahli JMB dan berapakah bilangan ahli-ahlinya?
Ahli-ahli JMB atau dikenali juga sebagai Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) terdiri daripada Pembeli dan Pemaju. Bilangan Pembeli mestilah tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih daripada 12 orang. Senarai ahli JMC adalah terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Bendahari, Ahli Jawatankuasa sementara 1 wakil dari Pemaju.

Berapa lama tempoh jawatan tersebut?
Ahli JMC memegang jawatan tidak melebihi 3 tahun atau sehingga pembubaran JMB.

Bagaimana Ahli JMC dipilih?
Perlantikan ahli JMC diadakan pada Mesyuarat Pertama secara undian tangan. Urusan mengadakan mesyuarat tersebut akan dikendalikan oleh Pemaju dengan memberi notis bertulis 14 hari kepada Pemilik Petak/Penduduk dari tarikh mesyuarat yang dijangka akan diadakan.

Siapakah yang layak mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk yang tidak mempunyai tunggakan sahaja layak untuk mengundi.

Bagaimana pula dengan penduduk yang mempunyai tunggakan?
Penduduk yang mempunyai tunggakan boleh hadir ke mesyuarat tersebut tetapi mereka tidak boleh mengundi.

Bagaimana jika Pemilik Petak/Penduduk tidak hadir ke mesyuarat tersebut walaupun layak untuk mengundi?
Pemilik Petak/Penduduk tersebut boleh mewakilkan kepada orang lain dengan mengisi Borang Proxy dan menghantar borang tersebut kepada Pemaju dalam tempoh 7 hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.

Bagaimana jika ada persamaan undi bagi sesuatu resolusi/perkara?
Pengerusi yang baru dipilih pada mesyuarat tersebut akan membuat keputusan bagi persamaan undi tersebut.

Apakah kuorum bagi mengadakan Mesyuarat Agung JMB?
Kuorum bagi mengadakan mesyuarat Agung JMB ialah ¼ daripada pembeli yang berhak mengundi.

Bagaimana jika kuorum masih tidak mencukupi?

Jika dalam masa ½ jam, kuorum masih tidak mencukupi, Pemilik Petak/Penduduk yang hadir berhak untuk membentuk suatu kuorum.

Bagaimana jika tiada pemilik petak/penduduk yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC?

Selepas 1 jam sekiranya tiada yang hadir atau tiada yang ingin menganggotai JMC, maka pemaju akan memaklumkan kepada Pesuruhjaya Bangunan secara bertulis dalam tempoh 7 hari dari tarikh mesyuarat telah diadakan. Pesuruhjaya Bangunan akan memaklumkan sama ada untuk menetapkan semula tarikh mesyuarat yang baru atau melantik ejen pengurusan bagi mentadbir dan menyenggara bangunan tersebut.

Sumber dari pelbagai rujukan internet.