Pages

Subscribe:

Thursday, July 12, 2012

Memohon sumbangan dermawan ALB utk program ihya Ramadhan dan program2 mengimarahkan Surau Laguna Biru.


Salam : Memohon sumbangan dermawan ALB utk program ihya Ramadhan dan program2 mengimarahkan Surau Laguna Biru.

Sehubungan dengan perkara di atas, sy mewakili AJK Surau Laguna Biru memohon sumbangan dari tuan/puan untuk mengisi tabung surau. Utk makluman tuan/puan, pihak surau amat memerlukan dana utk program di bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi.

Antara sumbangan yg diperlukan
1. Wang ringgit
2. sumbangan moreh (sila maklumkan pd AJK surau jika berminat)
3. Biskut kering + gula + teh + susu dan lain2.
4. Lain2..

Setiap sumbangan bolehlah diserahkan kepada AJK Surau atau disalurkan melalui pihak pengurusan.
Tabung dana surau juga akan diletakkan di pejabat pengurusan utk memudahkan tuan/puan menyalurkan sumbangan.

Selain itu, borang2 tahlil arwah juga akan diedarkan kepada semua penduduk. Setiap borang yg telah siap diisi bolehlah diserahkan kepada AJK surau atau diserahkan kepada Pejabat pengurusan dengan bayaran minimum RM10 utk setiap borang(bukan nak buat untung, sekadar nak mengisi kantung surau).

Apa2 yg tertinggal akan dimaklumkan kemudian.

Harap Maklum.
b.p. Surau Laguna Biru

No comments:

Post a Comment