Pages

Subscribe:

Thursday, July 12, 2012

GARIS PANDUAN KERJA PENGUBAHSUAIAN


MEMO
GARIS PANDUAN KERJA PENGUBAHSUAIAN
1- Pemasangan jeriji besi “GRILLE” atau bumbung kanvas “AWNING”
• Gril pada pintu utama unit tengah mestilah jenis “sliding”
• Gril pada pintu utama unit tepi mestilah jenis berdaun dan dilarang pemasangan gril sehingga meliputi koridor “kawasan harta bersama” – sila rujuk Perjanjian Jual Beli keluasan lantai setiap unit adalah 850sq.ft tidak termasuk koridor.
• Gril pada balkoni tidak boleh dipasang sehingga menutupi keseluruhan balkoni.
• Pemasangan Awning adalah tidak dibenarkan
• Sebarang pengubahsuaian yang mengubah rekebentuk plan asal yang telah diluluskan oleh Kerujuteraan M&E akan menjejaskan proses mendapatkan Hak Milik Strata
2- Mengecat
• Tidak dibenarkan mengecat atau mengubah mana-mana bahagian luar petak/unit yang bertentangan daripada skim warna dan cirri-ciri asal dan rekebentuk seperti yang dinyatakan dalam Waad-waad Seksyen 3.01 (j)
3- Menggubah sistem pendawaian elektrik dan perpaipan
• Tidak dibenarkan mengubah mana-mana sistem pendawaian elektrik atau perpaipan di luar petak/ unit / koridor /kawasan hak milik bersama seperti yang dinyatakan dalam Waad-waad Seksyen 3.01 (t)
4- Pembuangan sisa binaan atau lebihan material
• Pembeli/pemilik unit hendaklah memastikan kontraktor/ pembekal membuang sisa binaan atau lebihan material termasuk sampah yang berkitan ke dalam tong sampah yang disediakan.
5- Pihak pengurusan boleh memasuki / memutuskan keperluan dan tahap kerja-kerja pengubahsuaian sekiranya pengubahsuian menyalahi peraturan dan garis panduan yang telah disediakan.

No comments:

Post a Comment