Pages

Subscribe:

Wednesday, September 5, 2012

Keratan akhbar:Wujudkan undang² wajib tukar meter pukal ke meter individu

KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan negeri Selangor sekali lagi digesa supaya mewujudkan undang-undang yang mewajibkan semua pemilik pangsapuri untuk memohon migrasi meter air pukal kepada meter individu agar pengguna mendapat bil yang lebih adil.

Pengarah Eksekutif Kewangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Thein Kwee Sin berkata, ini kerana pihaknya mendapati berlaku kekurangan terhadap permohonan migrasi meter disebabkan terdapat sebahagian pemilik premis sengaja enggan berbuat demikian kerana tidak pernah membayar bil air kepada syarikat pengurusan.


Apabila terdapat segelintir penghuni yang tidak mahu menukar meter mereka kepada meter individu, perkara ini menyukarkan proses migrasi kerana ia hanya dapat dilaksanakan apabila kesemua penghuni sesebuah pangsapuri atau kondominium bersetuju menggunakan meter tersebut.

"Disebabkan itu, bagi memastikan masalah tersebut tidak berlaku lagi, pihak kami membuat cadangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Negeri Selangor supaya mengadakan undang-undang yang mewajibkan semua pemilik pangsapuri untuk memohon migrasi supaya mengaktifkan akaun meter individu mereka," jelasnya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan pada program pendaftaran migrasi meter pukal ke meter individu di Villa Laman Tasik, Cheras di sini baru-baru ini.

Kwee Sin berkata, setakat ini pihaknya telah menerima 274 borang daripada penduduk di situ yang bersetuju untuk menukar meter mereka kepada meter individu.
"Melalui meter individu, penghuni dapat menjimatkan pembayaran bil air di mana mereka berpeluang menikmati kadar tarif air menerusi kod domestik berbanding kod bagi perumahan bertingkat.

"Jika sebelum ini penghuni terpaksa membayar RM1.38 (bagi pangsapuri dan kondominium) kini mereka hanya perlu membayar RM0.57 bagi 0 hingga 20 meter padu air yang digunakan melalui meter individu," ujarnya.

Tambahnya, pihaknya akan membuka kaunter permohonan migrasi meter pukal ke meter individu secara berperingkat-peringkat di seluruh ibu kota dan Lembah Klang.

Sumber

No comments:

Post a Comment