Pages

Subscribe:

Thursday, February 16, 2012

Draft: Peraturan Dalaman Rumah (House Rules)

Selaras dengan penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB),satu Peraturan Dalaman Rumah ataupun House Rules telah digubal bagi menjaga keharmonian Apartment Laguna Biru.Draft ini masih dalam proses kemaskini.Sehubungan itu,pihak Pengurusan meminta semua penghuni membacanya dengan teliti.Jika ada penambahan,pengurangan,pembaikan dan lain² sila kemukakan kepada AJK² (JMC) yg dilantik.
Satu mesyuarat akan diadakan bagi meluluskan rang undang-undang Peraturan Dalaman Rumah (House Rules) yg akan digunapakai.Tarikh & masa akan ditentukan kemudian.
Diharap semua penghuni dapat memberikan idea dan pandangan utk penambahbaikan.

Sekian,terima kasih.

 
Untuk muat-turun dokumen tersebut,sila klik Icon dibawah:-




 


UP-DATE!!!!

Mesyuarat JMC bersama penduduk bagi membincangkan isi kandungan House Rules.
Perbincangan awal bersama penduduk sebelum House Rules ini diusulkan ke AGM JMB yg dijangka pada April 2012.Semua penduduk ALB dijemput hadir.

TARIKH:19 FEBUARI 2012
MASA:9.30 PAGI
TEMPAT:SURAU SEMENTARA BLOK E

Harap Maklum.

(Notis Dalaman telah ditampal disetiap blok)
---------------------------------------------------------------------

UPDATE!!!

Untuk Draf yg terkini sila ke entri terbaru!

11 comments:

Fazil Desa said...

Info Pengguna:Apa yg dimaksudkan Kumpulan Wang Penjelas?
Sila baca disini:http://www.nccc.org.my/v2/index.php/kumpulan-wang-pelepas-sinking-fund

benskaterz said...

Agak keliru mengenai caj penyelenggaraan dan singking fund. Kena tambah setiap bulan ke dari rm 80 to rm 87++ or dh include dlm fees maintainence rm 80 tu? Saya selama menyewa, bayar maintenance je, x penah pulak nampak singking funds tu...boleh perjelaskan. Mengenai caj penyelenggaraan yg di tulis telah dipersetujui, adakah ia telah dipersetujui oleh semua penghuni? Ada dibawa ke dalam meeting ke?? Sekadar ingin tahu.

benskaterz said...

Selain itu, tidak dinyatakan mengenai tempoh masa pembaikan seperti contoh, lampu koridor rosak, berapa lama tempoh diambil untuk menukar lampu tersebut selepas menerima aduan? Juga jika lif rosak, berapa lama tempoh waktu diperlukan utk membaiki setelah lapuran diterima? Sekadar bertanya dan berkongsi pendapat

benskaterz said...

Utk kasut yg diletak diluar unit, sepatutnya dibenarkan tetapi tidak digalakkan, sebarang kecurian adalah ditanggung oleh unit itu sendiri dan tidak boleh menyalahkan pihak pengurusan

benskaterz said...

Utk petak parking di bawah blok, sepatutnya dh draff dlm HR ni khas utk kereta kedua dan petak itu adalah disewa secara bulanan, bermaksud, jika penghuni ada dua kereta, satu perak mmg percuma tetapi utk kereta kedua, wajib dikenakan bayaran sewa bulanan dan dari duit ini dapat menampung pergerakan persatuan.

Mizan said...

ada tak sebarang perbincangan @ pandangan @ resolusi untuk mengurangkan fees maintenance ? mohon agak pihak bertanggungjawab dapat membincangkan perkara ini memandangkan fees yg dikenakan terlalu tinggi. mohon jika dapat dikurangkan ke RM 70 @ RM 65. bukannya semua mampu untuk menanggung kos bayaran tersebut. adalah lebih molek jika semua dapat menjelaskannya dengan ikhlas dan tanpa rasa terbeban daripada pihak pengurusan terpaksa menanggung sebarang tunggakkan. mohon diketengahkan.

Fazil Desa said...

kalau boleh,sila gunakan nama sebenar,gelaran yg terkenal kat ALB atau unit mana.biasa la zaman cyber ni ramai yg penipu penyamaran.

Anonymous said...

Assalammualaikum Tuan.
Terima kasih kerana mengujudkan draf “House Rules” demi kebaikan bersama, dengan adanya undang2 ini maka sedikit sebanyak ia boleh ‘mengurangkan’ suasana tidak terurus yg hampir ujud disini,ini kerana kehidupan seharian manusia pun memerlukan undang2 utk mendisplinkan kehidupan harian.

Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yg perlu di kaji semula sebelum diputuskan dalam mesyuarat agung nanti, ‘draf’ yg di reka cipta ini memerlukan masa utk di teliti malahan ia tidak boleh diutuskan dlm beberapa jam dlm mesyuarat nnti.

Saya cadangkan AJK JMB ALB membuat perjumpaan dan membentangkan secara berperingkat-peringkat. Setelah ahli JMB (penduduk) berpuas hati atau faham ataupun sudah dimaklumkan adanya draf ini maka hendaklah diputuskan dlm mesyuarta agung utk di sokong atau ditolak.
Pada kiraan undi nnti penduduk/ahli hendaklah menerima sepenuh hati dgn keputusan majoriti.
Terima Kasih.

Fazil Desa said...

Waalaikumusalam wbt.

Terima kasih diatas pandangan saudara PakLang PakLong.Segala pendapat atau cadangan amatlah dialukan.

Jika ada apa2 penambahan boleh diletakkan disini ataupun usulkan semasa pembentangan nanti.

Kita semua berharap HR ini dpt memberi kebaikan & manfaat kepada semua penghuni ALB.

Terima kasih.

Anonymous said...

Rasanya lebih elok cadangan di bacakan ketika perjumpaan kerana ia lebih kpd pertemuan penduduk dgn AJK dan mudah faham drp dibincangkan di dlm alam cyber ini.
Blog dan FB hanya boleh di update kan perkara yg sudah diketahui maklumatnya jika tidak pasti 'herdik dan sinis' akan tertulis oleh org yg tidak puas hati.Lagi pun masa itulah penduduk ALB boleh 'ramah mesra' dgn AJK serta ahli 'baru dan lama'..insya'allah.
yg baik pasti diberkati yg lemah perlu di baiki.

Mizan said...

bro, benskaterz tu teman la, banyak sangat acc google, minta maap yer..

Post a Comment