Pages

Subscribe:

Thursday, July 12, 2012

Memohon sumbangan dermawan ALB utk program ihya Ramadhan dan program2 mengimarahkan Surau Laguna Biru.


Salam : Memohon sumbangan dermawan ALB utk program ihya Ramadhan dan program2 mengimarahkan Surau Laguna Biru.

Sehubungan dengan perkara di atas, sy mewakili AJK Surau Laguna Biru memohon sumbangan dari tuan/puan untuk mengisi tabung surau. Utk makluman tuan/puan, pihak surau amat memerlukan dana utk program di bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi.

Antara sumbangan yg diperlukan
1. Wang ringgit
2. sumbangan moreh (sila maklumkan pd AJK surau jika berminat)
3. Biskut kering + gula + teh + susu dan lain2.
4. Lain2..

Setiap sumbangan bolehlah diserahkan kepada AJK Surau atau disalurkan melalui pihak pengurusan.
Tabung dana surau juga akan diletakkan di pejabat pengurusan utk memudahkan tuan/puan menyalurkan sumbangan.

Selain itu, borang2 tahlil arwah juga akan diedarkan kepada semua penduduk. Setiap borang yg telah siap diisi bolehlah diserahkan kepada AJK surau atau diserahkan kepada Pejabat pengurusan dengan bayaran minimum RM10 utk setiap borang(bukan nak buat untung, sekadar nak mengisi kantung surau).

Apa2 yg tertinggal akan dimaklumkan kemudian.

Harap Maklum.
b.p. Surau Laguna Biru

Larangan menampal iklan atau notis tanpa kebenaran.


Salam: Larangan menampal iklan atau notis tanpa kebenaran.

Utk makluman semua, utk tujuan pemantauan dan demi utk memastikan ALB diselia dengan baik dan tidak dirosakkan dengan anasir2 yg tidak diingini, menampal apa2 bentuk iklan, notis atau apa saja adalah dilarang kecuali mendapat pengesahan dari pejabat pengurusan.

Sehubungan dgn itu semua iklan yg ditampal tanpa kebenaran akan dilupuskan tanpa sebarang notis.

Harap Maklum.

PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)


NOTIS

PER: PENANGGUHAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PANGSAPURI LAGUNA BIRU DITANGGUHKAN KEPADA SATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KELAK.

Harap Maklum.

Gotong Royong bersihkan surau sempena menyambut ramadhan


Salam: Gotong Royong bersihkan surau sempena menyambut ramadhan.

Sehubungan dengan perkara di atas, kepada yg berkelapangan di harap dapat turut serta seperti makluman di bawah:

Tempat : sudah pasti di Surau Laguna Biru
Tarikh : 15 July 2012 (Ahad)
Masa : 10 pg

Jamuan : sila bawa dari rumah masing2.. hehe..
iAllah yg ringan2 akan disediakan.

Sila bawa peralatan yg difikirkan sesuai. Klu nak datang lenggang kangkung pon boleh juga.. xde hal.. klu datang nak meramaikan je pon xpe.. hehe

Harap Maklum.

GARIS PANDUAN KERJA PENGUBAHSUAIAN


MEMO
GARIS PANDUAN KERJA PENGUBAHSUAIAN
1- Pemasangan jeriji besi “GRILLE” atau bumbung kanvas “AWNING”
• Gril pada pintu utama unit tengah mestilah jenis “sliding”
• Gril pada pintu utama unit tepi mestilah jenis berdaun dan dilarang pemasangan gril sehingga meliputi koridor “kawasan harta bersama” – sila rujuk Perjanjian Jual Beli keluasan lantai setiap unit adalah 850sq.ft tidak termasuk koridor.
• Gril pada balkoni tidak boleh dipasang sehingga menutupi keseluruhan balkoni.
• Pemasangan Awning adalah tidak dibenarkan
• Sebarang pengubahsuaian yang mengubah rekebentuk plan asal yang telah diluluskan oleh Kerujuteraan M&E akan menjejaskan proses mendapatkan Hak Milik Strata
2- Mengecat
• Tidak dibenarkan mengecat atau mengubah mana-mana bahagian luar petak/unit yang bertentangan daripada skim warna dan cirri-ciri asal dan rekebentuk seperti yang dinyatakan dalam Waad-waad Seksyen 3.01 (j)
3- Menggubah sistem pendawaian elektrik dan perpaipan
• Tidak dibenarkan mengubah mana-mana sistem pendawaian elektrik atau perpaipan di luar petak/ unit / koridor /kawasan hak milik bersama seperti yang dinyatakan dalam Waad-waad Seksyen 3.01 (t)
4- Pembuangan sisa binaan atau lebihan material
• Pembeli/pemilik unit hendaklah memastikan kontraktor/ pembekal membuang sisa binaan atau lebihan material termasuk sampah yang berkitan ke dalam tong sampah yang disediakan.
5- Pihak pengurusan boleh memasuki / memutuskan keperluan dan tahap kerja-kerja pengubahsuaian sekiranya pengubahsuian menyalahi peraturan dan garis panduan yang telah disediakan.